Sempena kemasukan tahun baru hijrah 1434, saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah, semoga amalan kita semua sebelum ini diterima oleh Allah tuhan sekelian alam dan juga semoga dosa-dosa kita pada tahun sebelum ini mendapat pengampunan daripadaNya yang maha pengampun lagi maha penyayang.
Jadi sebelum saya mula untuk masuk sesi perah otak bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu2, eloklah sekiranya saya meluahkan apa yang terdetik di hati saya ketika masuknya tahun baru hijrah.
Kita semua sudah maklum tentang sejarah penghijrahan nabi Muhammad s.a.w bersama orang mukmin dari kota mekah ke madinah, jadi tak perlu la rasenye saya ulang di sini, pada siapa yang masih tak berapa jelas tentang sejarah tersebut silalah buka tab baru googlekan je.
Tatkala saya membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun di dalam bahasa arab feeling dalan hati saya tak berapa dalam sangat, tetapi bila saya baca terjemahan doa tersebut, tersentak, sebak, takut dan juga berasa amat bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada saya sepanjang kehidupan saya pada tahun lepas.
Banyak perkara yang muncul dalam mainan fikiran saya, apa yang telah saya buat? cukupkah ibadah saya? berbaloikah? Kadang2 bile saya dah lama tak sakit atau demam, saya akan terfikir salah apa yang telah saya lakukan. Begitu juga apabila saya demam atau diberi ujian, dalam kotak fikiran saya, ni mesti ada something wrong yang dah saya buat.
Tidak kira la rezki, ujian ataupun cabaran, bagi saya semua tu menjadi tanda bahawa Allah masih sayang kat saya, cuma kekadang kita semua terutamanya diri saya, mudah lupa bahawa semua tu hanya sementara dan pinjaman yang mana saya mesti bayar dan juga akan dibayar di akhirat kelak.
Apa yang saya harap hanyalah keredhaanNya, PengampunanNya dan juga rahmatNya. Selagi masih ada nyawa, sedaya upaya saya akan terus cuba mendekatkan lagi diri saya kepada Allah, memantapkan lagi ibadah agar ibadah yang saya buat akan jadi lebih sempurna.
Sentiasalah muhasabah diri di setiap selepas solat dan juga sebelum tidur. Saya suka akan satu ayat ni, 'bila kita jaga Allah, jangan risau Allah akan jaga kita'
Di tahun baru ini saya sangat berharap agar dapat membuka lembaran hidup baru, saya tak mahu menyambung lembaran hidup saya yang lama. Biarlah yang lama jadi pengajaran dan juga peringatan buat diri saya untuk masa hadapan.
Akhir sekali marilah kita sama - sama membaca dan merenungkan terjemahan doa akhir dan awal tahun ni.
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan
dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku
melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak
redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam
keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau
mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa
itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau
redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian
itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha
Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau
menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku
kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan
mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
>>>
Allah SWT berselawat ke atas penghulu
kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan
kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi,
yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu
yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan
kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari
syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga
pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan
usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha
Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih
dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan
sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.