Dalam banyak2
kemalangan yang pernah saya lalui, yang terakhir inilah yang agak teruk sebab
sampai kene admit hospital. Sebelum ni setakat jatuh sendiri naik moto itu
calar sikit je, tak perlu pun sampai ke hospital. Sapu gamat settle. Tapi kali
ni memang kene admit hospital juga huhu, sebab kecederaan yang saya alami
memang agak severe.
Nak
dijadikan cerita sikit, kejadian itu berlaku pada 27hb april 2012. Tapi sehari
sebelum kejadian itu iaitu hari khamis, saya ada ke mahkamah syariah sabak
bernam dengan kawan, nak buat kerja sikit kat siitu. Petang itu juga balik
semula ke uia. Tapi sebelum balik itu singgah dulu rumah pak cik, jumpa la
dengan Emak Abah and my pak cik and Emak cik saya.
Sudah jadi
kebiasaan saya untuk balik setiap minggu, jadi pada hari jumaat, iaitu pada
hari kejadian, selepas maghrib saya bertolak pulang ke kampung dengan motosikal.
Takde rase apa-apa pun time bawa moto tu, cuma ada la sikit rasa lapar, memang sudah
menjadi kebiasaan bila sampai rumah baru makan puas-puas.
Cuaca malam
itu juga gelap, bintang pun tak berapa nak nampak, maybe sebab awan yang banyak
menyelubungi langit malam. Sesampainye di tanjung karang kalau tak silap, ada
satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta, sepertinya masuk longkang, time
tengah ride itu fikir dalam hati ‘ah ade roadblock pula’, tapi takde la cuak
pun sebab sebelum ni semua roadblock dapat diredah dengan tenang haha.
Lepas saje
dari lokasi kejadian kemalangan itu ada dua moto follow saya, saya fikir takpelah
ada juga membe, takde la lonely sangat ride memalam camni. So, saya pun ride la
lane sebelah kiri lane slow, sebab belakang ada org follow, tak payah nak
provoke sangat kan, nanti dia ingat kite nak race dengan dia pula.
Tengah2
ride tiba-tiba je muncul kelibat moto kat depan tanpa disedari, apa lagi BAAAAM!, superman plus guling-guling
macam tenggiling. Lokasi kejadian ni di Parit 3 Sungai Burong Sekinchan.
Seingat
saya anggota pertama yang touch jalan adalah muka diikuti bahu kiri dan
seterusnya saya gulingkan terus badan. First impact kat muka itu buat saya jadi
buta dan pekak sekejap, sebab impact yang juga kuat kat bahagian kepala.
Alhamdulillah helmet yang saya pakai tak tercabut, jadi bahagian tengkorak
kepala terselamat.
Muka pun
terselamat juga, takde calar2 sebab visor helmet yang saya pakai flexible jadi
tak pecah so visor itu dgn izin Allah protect muka. Lepas je first impact visor terus tertanggal dari helmet.
Mase time
berguling-guling, mase memang terasa macam lama, perkara yang ada di dalam
fikiran saya masa itu cuma, kalau dah rezki saya sampai sini, saya redha ya
Allah, saya lepaskan segala2nya yang saya ada kat dunia ini, walaupun saya tahu
amalan saya still tak cukup ditambah dgn dosa2, huhu, memang itu yang ada dalam
fikiran saya selepas first impact dan semasa berguling2.
Bile dah
berhenti berguling itu, saya rasa memang sesak nafas sebab impact jatuh. Time itu
mata masih buta tak nampak apa2, tapi slow2 saya boleh dengar balik. Baru saya
sedar saya jatuh kat tengah jalan, dekat fast lane, saya dapat dengar bunyi hon
kereta yang mengelak saya.
Sekali lagi
saya tawakkal je kalau dah memg rezki saya meninggal dunia dilanggar kereta saya
redha. Dalam pada saya tawakkal itu, saya cuba bangun nak selamatkan diri
sedaya upaya, tapi disebabkan mata saya still tak boleh nampak, saya duduk
balik. Saya tunggu dalam beberapa saat, cuba untuk buka mata, akhirnya mata
sebelah kanan saya nampak samar2 cahaya. Benda pertama yang saya nampak adalah
line slowlane dan rumput tepi jalan, dengan berbekalkan semangat yang tinggal itu
la saya bangun berjalan ke tepi sambil membawa bag galas saya yang masih
tersangkut di bahu sebelah kiri sebab galas sebelah kanan dah koyak.
to be continued...
dh nganituk la plak nk teruskan huhu
do you any sister with the name Hidayah?
ReplyDeletei'm afraid not.
Delete