Assalamualaikum dan salam jumaat.
Kebelakangan ini, banyak berita atau kes yang kami dengar berkenaan
dengan betapa tidak selamat nya pelajar2 wanita walaupun di mahallah
sendiri. Macam-macam kes pencerobohan berlaku. Ini bukan masalah baru ,
tetapi dah lama. Seperti tiada penyelesaian nya. Jadi apa yang perlu
kita buat? Nak harapkan pengawal keselamatan menjaga mahallah atau
berada di depan pintu bilik selama 24 jam adalah kerja yang mustahil.
Jadi apa yang perlu anda lakukan terutamanya bila berhadapan dengan
kes-kes seperti ini? Apa akan jadi sekiranya ia berlaku secara
tiba-tiba?
Persoalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri.
Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, apakah persediaan yang anda
ada? lari? menyorok? menjerit?
Oleh yang demikian, sekiranya
anda mempunyai ilmu mempertahankan diri, sedikit sebanyak ianya dapat
mempersiapkan diri anda untuk menghadapi masalah-masalah begini. Mungkin
ada yang beranggapan, belajar ilmu mempertahankan diri merupakan
perkara yang remeh. Tetapi jika kita pandang keadaan sekeliling kita
samaada diluar kampus ataupun di dalam kampus, adakah anda akan merasa
ianya hanyalah satu isu yang remeh?
Banyak seni mempertahankan
diri yang ada sekarang ini. Pelbagai ilmu serta gaya yang diajar.
Persoalannya, adakah ilmu-ilmu mempertahankan diri itu merupakan ilmu
yang efektif serta praktikal?
Bila kita bercakap mengenai
situasi yang membahayakan seperti ragut, pergaduhan,pencabulan dan
lain-lain, kita perlu berfikir adakah ilmu yang kita belajar itu adalah
ilmu yang praktikal serta effektif untuk menghadapi situasi2 itu.
Situasi dimana ianya berlaku secara tiba-tiba. Ataupun situasi dimana
ianya berlaku didalam pengangkutan awam atau di tempat-tempat sunyi dan
sempit.
Oleh sebab itu, kami memandang serius akan hal ini.
Jika anda tidak mempertahankan diri anda sendiri, siapakah yang akan
berbuat demikian kepada anda?
Sekian sahaja daripada kami, terima kasih kerana sudi membaca!
Kebelakangan ini, banyak berita atau kes yang kami dengar berkenaan dengan betapa tidak selamat nya pelajar2 wanita walaupun di mahallah sendiri. Macam-macam kes pencerobohan berlaku. Ini bukan masalah baru , tetapi dah lama. Seperti tiada penyelesaian nya. Jadi apa yang perlu kita buat? Nak harapkan pengawal keselamatan menjaga mahallah atau berada di depan pintu bilik selama 24 jam adalah kerja yang mustahil.
Jadi apa yang perlu anda lakukan terutamanya bila berhadapan dengan kes-kes seperti ini? Apa akan jadi sekiranya ia berlaku secara tiba-tiba?
Persoalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, apakah persediaan yang anda ada? lari? menyorok? menjerit?
Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai ilmu mempertahankan diri, sedikit sebanyak ianya dapat mempersiapkan diri anda untuk menghadapi masalah-masalah begini. Mungkin ada yang beranggapan, belajar ilmu mempertahankan diri merupakan perkara yang remeh. Tetapi jika kita pandang keadaan sekeliling kita samaada diluar kampus ataupun di dalam kampus, adakah anda akan merasa ianya hanyalah satu isu yang remeh?
Banyak seni mempertahankan diri yang ada sekarang ini. Pelbagai ilmu serta gaya yang diajar. Persoalannya, adakah ilmu-ilmu mempertahankan diri itu merupakan ilmu yang efektif serta praktikal?
Bila kita bercakap mengenai situasi yang membahayakan seperti ragut, pergaduhan,pencabulan dan lain-lain, kita perlu berfikir adakah ilmu yang kita belajar itu adalah ilmu yang praktikal serta effektif untuk menghadapi situasi2 itu. Situasi dimana ianya berlaku secara tiba-tiba. Ataupun situasi dimana ianya berlaku didalam pengangkutan awam atau di tempat-tempat sunyi dan sempit.
Oleh sebab itu, kami memandang serius akan hal ini. Jika anda tidak mempertahankan diri anda sendiri, siapakah yang akan berbuat demikian kepada anda?
Sekian sahaja daripada kami, terima kasih kerana sudi membaca!