Re-post: wahai ayah dan ibu dengarlah rintihan anakmu
Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan hati anak2mu.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru dua hari lepas saya menulis tentang bagaimana kasihnya ibubapa
kita kepada anak2. Cuma kadang2 kita tidak memahami cara ibubapa kita
mengasihi kita. Ada yang menggunakan kaedah berlembut, ada yang
menggunakan kaedah berkeras dan ada yang mengambil jalan tengah di
antara kelembutan dan kekasaran. Namun
tidak akan dapat dinafikan,
ada masanya ibubapa juga terbuat atau membuat kesilapan di dalam
mengasihi anak2 hingga anak2 terasa dia tidak disayangi. Hingga dia
terasa dia tidak ada nilai langsung di mata ibubapanya.
Petang
semalam, ketika sedang membuat kerja di ofis saya, seorang pelajar
perempuan tahun 3 mengetuk pintu bilik saya dan meminta izin utk
mengambil sedikit masa saya. Saya pernah mengajar pelajar ini ketika dia
di Tahun 1 pengajiannya dan seringkali saya melihat wajahnya yang
suram. Tapi mulut tidak pernah tergerak utk bertanya kenapa, sebab saya
memang lebih suka pelajar2 yang menceritakan sendiri masalah mereka.
Cuma setiap hujung semester di dalam kelas terakhir, saya akan berpesan
kepada mereka, " kalau ada apa-apa, datanglah ke ofis saya. Kamu ada
nombor fon saya kan, so just keep in touch."
Selepas meminta
izin utk duduk, pelajar ini bertanya, "madam, apa pendapat madam kalau
saya nak tangguhkan dulu pengajian saya. Saya rasa macam tak boleh pergi
dah semester ni. Kepala saya rasa buntu, rasa blurr, apa yang saya
belajar pun saya tak tahu. Semester lepas pun semua exam saya tak pergi
sebab saya demam panas waktu itu. dapat special exam pun saya tak pergi
baru2 ni."
entah kenapa, setiap kali ada pelajar datang
bertanya soalan "apa pendapat madam saya nak tangguhkan dulu pengajian,
hati saya terus terdetik bahawa pelajar ini tentu mempunyai masalah yang
agak berat. Saya tidak pernah anggap mereka pelajar yang malas, tapi
bagi saya ada masalah yang mengganggu fikiran mereka. "Cuba beri sebab
kat saya, kenapa awak nak tangguh pengajian awak?". ' Saya sakit madam,
tak sehat." saya bertanya lagi, "kalau awak tak sehat, awak ada tak
surat Doktor dari mana2 klinik atau hospital?"
Dan dia menjawab,
"tak ada madam, cuma surat dari tempat perubatan cara Islam." Tidak puas
hati dengan jawapannya, saya berkata, " macam ni lah...sekarang ni awak
datang nak minta pendapat saya, nak minta saya tolong kan? Jadi...saya
minta awak jujur dengan saya, tolong ceritakan semua yang ada dalam
kepala awak supaya saya tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selagi awak
tak ceritakan, saya tak benarkan awak keluar dari bilik saya ni. Okay,
take your time, fikir masak2 nak cerita atau tidak. saya nak buat kerja
saya dulu."
Hampir 15 minit saya menunggu dia bercakap dan
akhirnya yang keluar hanya tangisan yang perlahan dan menjadi esakan
yang makin kuat. "tak apa...awak menangislah dulu, lepas awak rasa
tenang, awak cakaplah. Saya tak akan kemana-mana. tisu pun banyak ni,
gunalah sebanyak mana awak mahu." Tangisannya makin menjadi2...dan
akhirnya saya mengalah, saya tahu dia memerlukan pelukan seorang ibu
atau seorang kakak. Bila saya memeluk bahunya, tangisannya reda. Dan
akhirnya dia bercakap walaupun sambil meneangis.
"Madam, saya
dah tak ada ayah. cuma tinggal emak, kakak2 dan abang2 dan seorang adik.
Mereka semua berjaya madam. Bila mereka periksa, semua dapat keputusan
cemerlang. Saya sorang saja yang tak pandai." Dan saya mencelah, "kalau
tak pandai, takkan awak boleh masuk universiti." dia menyambung, "sebab
tak pandailah emak saya tak sayang saya. Emak saya kata, saya ni pelik
dari adik beradik lain. Saya ni hanya menyusahkan keluarga. Paling sedih
emak saya menuduh saya main2 kat sini dan tak belajar. Saya bukan budak
jahat madam, saya tak pernah buat apa mereka cakap tu. tapi kenapa
emak, abg2 dan kakak tuduh saya macam2."
"Emak kita bukan
malaikat, emak kita manusia biasa, tentu mereka juga akan terbuat
kesilapan. maafkanlah emak awak." Dan dia menyambung, "saya tak pernah
berdendam pada emak saya atau adik beradik saya, tapi hati saya hancur
tengok cara emak melayan saya. Madam tahu tak, adik beradik lain emak
sanggup telefon dan bertanya khabar mereka. cakap lama2 dengan mereka.
Tapi dengan saya, saya yang kena call emak. kemudian baru nak cakap,
emak dah kata, tak boleh cakap lama-lama sebab kredit dah nak habis.
sampai macam tu sekali emak saya bencikan saya madam."
"masa
cuti 3 bulan baru2 ni, saya buat LAP (law attachment program), saya
tinggal di UIA. balik kampung pun sekejab saja. itu pun emak dah halau
saya dan kata, kau tak balik pun sudah. Saya baru nak memberitahu kenapa
result exam saya teruk semester lepas, emak dah kata saya anak derhaka
sebab melawan. Saya bukan nak lawan emak, saya nak beritahu emak saja,
saya demam teruk masa tu. padahal adik beradik lain jawab emak macam2,
emak tak kata pun derhaka."
"Bencinya emak pada saya kan madam.
sebab tu saya nak berhenti belajar. saya anak tak guna, menyusahkan
emak dan adik beradik saya. Madam tahu tak, saya berniat tak mahu kahwin
sebab saya takut akan jadi macam emak saya yang membezakan layanan
kepada anak2."
Melihat dia makin tenang, giliran saya bercakap.
Tapi tangan saya terus memeluk bahu dia sambil dia bersandar di bahu
saya. Itulah cara saya melayan setiap pelajar perempuan yang datang
dengan tangisan di bilik saya. "Macam ni lah. saya rasa saya boleh faham
perasaan awak. tapi sepatutnya awak lebih positif bila dilayan macam
ni. bukan menjadi lemah dan pasif sampai nak berhenti belajar. kalau
awak berhenti belajar, memang betullah apa emak dan adik beradik awak
cakap, "awak ni memang pelik dari orang lain menyusahkan orang.'
Sepatutnya awak kena bangun dan buat azam, "aku akan buktikan bahawa aku
bukan bodoh, aku bukan pelik, aku boleh berjaya dan aku akan buktikan
aku bukan anak yang menyusahkan keluarga. Awak kena kuat...kena jadi
manusia yang agak keras hatinya. jangan biar orang lain hancurkan masa
depan awak. dan paling penting, awak kena ingat belajar itu satu jihad.
banyak pahala utk org berjihad ni"
Dan dia menjawab sambil
mengesat airmatanya, "betul juga kata madam." dan kali ni dia mengangkat
kepalanya dari bahu saya dan memandang muka saya, " madam, ni kali
pertama seorang pensyarah memeluk saya, memujuk saya. hari tu saya ada
jumpa seorang pensyarah perempuan, tapi dia tak buat macam madam. Dia
kata kat saya, "awak ni menyusahkan orang betul la, sebab saya nak kena
buat soalan exam yang baru utk special exam. kemudian tak datang pulak
special exam. kalau macam ni baik awak berhenti sajalah belajar dan
bernikah saja.lagi senang utk awak." Saya terdiam waktu itu, kerana tak
pernah terlintas di fikiran saya, seorang pensyarah akan cakap macam tu.
Dia datang ke bilik saya pukul 4 petang, dan ketika selesai mendengar
luahan hatinya saya melihat sudah pukul 6 petang. Telefon saya dah
banyak kali berbunyi dan anak di rumah dah bertanya, "bila ibu nak balik
ni. adik Ti nak keluar main basikal kat depan rumah."
Akhirnya, dia bangun dan berkata, "dah banyak masa madam yang saya ambil
hari ni. Terima kasih madam, kerana sudi dengar masalah saya wlaupun
madam bukan academic advisor lagi. Saya akan cuba habiskan belajar,
sekurang2nya utk ayah saya yang dah tak ada. sebelum dia melangkah
keluar, saya berkata kepada dia, " M, InsyaAllah, ini semester akhir
saya di UIA...saya cuma harap, kalau saya dah tak ada kat sini, awak
tetap bersemangat nak belajar. Kalau nak luahkan masalah, cari oang yg
boleh naikkan semangat awak, bukan yang akan bunuh semangat awak. Kalau
awak sedih , bacalah kQuran, surah Yusuf dan kenangkanlah kesedihannya
yang dibuang ke telaga buta oleh abang2nya. Sekurang2nya, awak tak
dibuang ke telaga buta kan?" Dia tersenyum waktu itu.
"Saya tak
boleh tunggu sampai awak grad, saya cuma akan doakan dari jauh. dan
kita akan berhubung melalui sms, call dan facebook. Jaga diri awak
baik2." Sambil bersalam, dia memeluk saya dan meminta diri utk balik ke
asrama.
Itu saja yang saya mampu buat utk pelajar saya. Kepada
ibubapa di luar sana, dengarlah luahan hati anak ini. kemungkinan anak2
kita juga mengalami masalah yang sama. Tidak adil jika kita meminta
semua anak2 menjadi anak2 yang sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan
mereka. Cemerlangnya anak2, bukan dilihat dari keputusan peperiksaan
semata-mata, tapi akhlak mereka yang baik juga dikira sebagai anak yang
cemerlang. Berikanlah kasih sayang seadil mungkin kepada anak2. kalaupun
hati lebih sayang seorang anak dari anak yang lain, tolonglah jangan
terlalu ditunjukkan kasih kepada anak emas atau anak emak atau anak
bapak. Setiap orang anak ada hati dan perasaan, jadi..kasihilah mereka
sebaik mungkin.
Kepada pensyarah2, kalau tidak ada masa nak
melayan pelajar2 seperti melayan anak sendiri, tak mengapa. saya faham,
kita tidak pernah diberikan bayaran utk melayan pelajar2 yang ada
masalah. Tapi atas nama kemanusian, keibuan, kebapaan, kekakakan atau
keabangan...cakaplah ayat2 yang memberikan semangat kepaa pelajar2 kita.
janganlah dibunuh semangat mereka dengan ayat2 beracun dari kita. Hari
ni meraka ada masalah, mereka berjumpa kita, esok lusa, mungkin anak2
kita pula yang akan menangis di depan guru atau pensyarah mereka.
Ingatlah, "Tidak akan sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia
mengasihi org lain seperti mengasihi dirinya sendiri.'
Kepada
ibubapa, abang dan kakak, emak saudara dan bapa saudara,datuk dan nenek,
juga kepada guru2 dan pensyarah2....jangan sesekali mengatakan "awak ni
menyusahkan orang, menyusahkan kami. Sebab ayat awak menyusahkan orang
itu sebenarnya satu ayat yang paling kuat utk membunuh jiwa manusia.
kepada semua yang mengalami nasib yang serupa, ingatlah...manusia boleh
meninggalkan kita, membenci kita kerana kekurangan kita, tapi Allah
tidak pernah membenci kita, tidak pernah melupakan kita hambaNYA. jangan
bersedih lagi, ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Salam
sayang teramat sayang utk semua pelajar2 saya. Yang baik itu dari Allah,
segala yang lemah itu dari saya.
Wassalam
Madam Fauziah,
AIKOLhttps://www.facebook.com/groups/193183860708786/permalink/541887695838399/
No comments:
Post a Comment