Alhamdulillah, tepat pada jam 1215 pada tarikh 5/1/2013, berakhirlah
sudah peperiksaan akhir semester bagi semester terakhir pengajian saya di
gombak, akhirnya haha. Sampai je bilik tadi terus je kemas buku, simpan elok2
nanti boleh jadi bahan rujukan utk masa depan.
Walaupun dah takde exam lg, tak bermakne saya dah bebas,
paper pun tak dapat result lg, hemm cume ye la sikit la rase freedom lepas
penat setiap malam study sampai lewat, time exam je study sampai lewat malam,
time takde exam jangan harap nak nampak saya study atas meja study tu hehe.
Secara keseluruhan apa yang saya nampak bagi sem ni, nampak
macam konfiden sikit la, tapi tak tau lg, sebab anything can happen isn’t it. Anyway
tawakkal sudah kepada yang maha empunya, maha mengetahui, maha pemurah lagi
maha penyayang.
Ada sesetengah orang, bile exam habis je, ‘common guys, lets
go celebrate’, pergh macam dah betul2 freedom je, hehe. Tak salah pun, biasalah
nk enjoy sikit kan, bukan enjoy pun tp rasenye release tension tu, tp ap yg penting berpandukan syariah la ye
tak. Bagi saya pulak, saya enjoy jugak tapi first memg enjoy sensorg dulu i.e
tido haha, pastu bru la g kuar makan ataupun balik rumah, dapat jumpe mak abah
puas dah. Senang kate nk tukar environment sat.
Saya memg kene selalu igtkan diri ni, bahawa setiap
pengakhiran tu sebenarnya adalah suatu permulaan. Daripada pengakhiran tu la
kita dapat tahu bagaimana rupa suatu permulaan bagi suatu yang lain tu. Insya Allah
kalau pengakhiran kita baik maka baik jugalah permulaannya nanti.
Tu la saya lebih suka menganggap suatu pengakhiran tu
permulaan, sebab bila saya anggap ia secara lisan pengakhiran saya mungkin jadi
lebih lalai. Dah saya ni memg selalu lalai, pastu bertambah lalai. Oh bahaya2. So,
kalau saya anggap permulaan, maka kalau diizinkannya usaha saya tu akan
berterusan dan mungkin akan lebih bertambah.
Insya Allah, kalau takde pape semester ini adalah semester
terakhir saya siapkan LLB di Gombak, tp saya dah rancang nk sambung habiskan
LLB_s pulak, itupun kalau UIA offer la hehe. Ku berharap dengan sepenuh2
harapan nih hihi.
Sebelum saya mengakhiri penulisan ni, ingin sekali saya
mengucapkan syukur alhamdulillah di atas nikmat Allah tuhan sekalian alam
memberi peluang kepada hambanya ini menuntut ilmu, jutaan terima kasih kepada keluarga
saya yang banyak memberi semangat dan bantuan terutama sekali ibu bapa saya,
juga kepada semua lecturer di uia kerana sudi memberi tunjuk ajar, juga tidak
lupa kepada semua rakan taulan kerana kesudian mereka membantu dan memberi
tunjuk ajar kepada saya walaupun sem ni most of the time sy lonely ranger hehe,
anyway thanks utk note2 yg korg share tu. Juga kepada staff2 uia yang lain
juga, saranghaeyo hihi
Jadi kepada para sahabat handai yang masih ada paper lagi,
teruskan usaha anda, saya tahu memg bile dah nak dekat last2 ni, memg semangat
nk study dh start goyah, tapi semangat nk freedom tu memg lg berkobar2 plak
haha. Anyway gud luck. Fighting!
No comments:
Post a Comment