Saya kongsikan kisah ini adalah
untuk diambil pengajarannya sekiranya ada. Kisah yang saya dapat daripada seorang
lelaki (pakcik) di pertengahan umur. Tujuan dia adalah untuk mengambil borang
kebenaran untuk berpoligami daripada mahkamah syariah. Seperti biasa, telah
menjadi sebahagian tugas saya untuk memberi sedikit penerangan bagaimana untuk
mengisi borang tersebut walaupun borang tersebut jelas lengkap dan mudah untuk diisi.
Telah menjadi kebiasaan juga,
setiap yang datang tu pasti ada cerita yang ingin diluahkan atau dikongsikan.
Pakcik tu pun ceritalah kenapa dia
ingin berkahwin satu lagi. Dakwanya sudah hampir setahun dia dan juga isteri dia
tidak bertegur sapa, walaupun tinggal sebumbung. Dia juga merasakan bahawa diri
dia ibarat menumpang di rumah tersebut, walhal mereka masih suami isteri.
Pak cik tu cerita, sampaikan anak-anak dia pun
macam nak tak nak je bertegur sapa dengan dia. Sampai dia givap sekiranya bila
anak-anak semua dah Berjaya dan dah kaya-raya, kalaupun tak nak jaga dia, pesan
dia pada anak-anak ialah letakkan dia di rumah jagaan orang tua.
Pak cik tu pun tak tahu apa punca
sampai isteri dia jadi macam tu. Mungkin katanya, apa yang dia sediakan tak
cukup. Pakcik tu cakap adik beradik isteri dia orang yang hebat-hebat, gaji
besar. Mungkin la kot. Pakcik tu buat dua kerja untuk menyara isteri dan
anak-anak yang tengah belajar. Dua orang di university dan seorang di sekolah
menengah. Kerja kilang dari jam 8 sampai jam 7 petang. Kemudian bersiap untuk
terus ke kerja di pasar uptown, balik jam lebih kurang 3 pagi.
Perbelanjaan anak-anak yang
berada di universiti RM 600 seorang, dan yang di sekolah menengah lagi. Hemmm.
Isteri dia pun bekerja jugakla
sebagai pengasuh dengan pendapatan RM 1000. Tapi takkan disebabkan itu sampai
boleh jadi tak bertegur sampai setahun. Yela mungkin disebabkan die terpaksa
bekerja, dia pun pandang rendah pakcik tu. Entahla.
Pakcik tu pun cakap die die pun
mana boleh tahan lama-lama kalau isteri die pun taknak layan, kat mana lagi die
lepaskan, huuu.. betul juga apa yang pakcik tu cakap. Tapi tula mesti ada punca
yang lain atau isu yang menyebabkan perkara tu berlaku. Kalau saya buat
siasatan memang akan jumpa. Cumanya pak cik ni taknak cerita dalam-dalam tadi.
Kalau isteri die hadir sekali
memang semuanya akan terbongkar luar dalam. Lagipun apa yang saya dengar dalah
daripada sebelah pihak sahaja. Cumanya sedikit sebanyak daripada serita pakcik
ni boleh la kita ambik la pengajarannya.
Saya pun tak tahu la dengan
permohonan dia untuk dapatkan kebenaran mahkamah untuk berpoligami, lulus atau
tidak. Kalau dinilai daripada cerita dia dan isu berkenaan wali bakal isteri
kedua dia hemm. Dia pun ada bertanyakan apa kesan-kesan kalau dia nikah di
sempadan.
Apa-apa pun, apa yang boleh saya
doakan adalah yang terbaik sahaja.
*masa awal perkahwinan semuanya
manis dan indah belaka
*berjanji susah senang bersama
*manusia berubah