Assalamualaikum
Tips yang bakal anda baca ini di petik dari wallpost rakan 'FB' saya, apa yang saya dapat setelah membacanya, adalah tips ini bukan sahaja berguna untuk semua jenis temuduga, sama ada untuk temuduga kerja bahkan temuduga bakal mertua hik2. Selamat membaca dan beramal dengannya, insya Allah berjaya.
Sedikit pesanan utk yg nak g interview..ditujukan khas kpd sahabat2 yg nak g interview Petronas:
Tips successful interview
Pertamanya kita kena ingat orang yang nak interview kita adalah manusia
yang punya hati dan chip yang sama dgn kita. Ingat lagi tentang chip tu
: ) ? Justeru untuk menyentuh hati manusia guna hati juga. Hati yang
bersih dan jujur akan mudah ditangkap oleh hati yang lain juga.
Datanglah ke temuduga dengan hati yang bersih dan jujur dgn niat yang
ikhlas bekerja untuk Allah, jadi khalifahNya. Bila kita niat untuk Allah
insyaAllah Dia akan uruskan segalanya, percakapan kita dlm temuduga
diuruskannya juga.
Lepas solat
subuh pada hari temuduga, duduk diam bertafakur dan sambungkan jiwa
dengan Allah, serahkan semuanya pada Dia, katakan, aku tak mampu ya
Allah, hanya dengan kekuatanMu aku akan berjaya dalam temuduga ini.
Alhamdulillah, terima kasih kerana mendapatkan aku kerja ya Allah, kerja
yang baik untuk dunia dan akhirat. Katakan melalui hati terus ke Allah.
Duduklah diam menghadapNya selama 30 minit.
Sebelum temuduga,
banyakkan menyebut nama2 Allah yang kita selalu nyanyi di program JOM
KERJA, untuk lembutkan hati penemuduga, doalah Ya Allah, Ya Latif,
lembutkan hati penemuduga itu untuk aku. Untuk dapatkan idea apa nak
cakap doalah, Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Roshid, ajarkan aku untuk
menjawab soalan temuduga dengan baik.
Ketika temuduga, jawablah
dengan tenang dan jujur. Kejujuran kita dapat di kesan dari air muka
kita dan body language kita. Yang penting ia akan mudah ditangkap oleh
hati penemuduga kita.
Fokuskan untuk memaklumkan apa kekuatan
kita dan bagaimana kekuatan kita mampu membantu syarikat itu mencapai
misi dan objektif serta sasaran mereka. Jadi kena buat homework
berkaitan company tu, apa mereka buat, berapa staff mereka, apa visi dan
misi mereka dan fikirkan dengan jujur apa kekuatan kita yang mampu
membantu mereka kerana mereka juga terlibat dalam membangun tamadun
manusia. Fikirkan dengan ikhlas dan bagitau mereka dengan ikhlas.
Apapun, in short jangan putus dari sedar ke Allah.
(From Team JomKerjaSelangor)
Lepas solat subuh pada hari temuduga, duduk diam bertafakur dan sambungkan jiwa dengan Allah, serahkan semuanya pada Dia, katakan, aku tak mampu ya Allah, hanya dengan kekuatanMu aku akan berjaya dalam temuduga ini. Alhamdulillah, terima kasih kerana mendapatkan aku kerja ya Allah, kerja yang baik untuk dunia dan akhirat. Katakan melalui hati terus ke Allah. Duduklah diam menghadapNya selama 30 minit.
Sebelum temuduga, banyakkan menyebut nama2 Allah yang kita selalu nyanyi di program JOM KERJA, untuk lembutkan hati penemuduga, doalah Ya Allah, Ya Latif, lembutkan hati penemuduga itu untuk aku. Untuk dapatkan idea apa nak cakap doalah, Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Roshid, ajarkan aku untuk menjawab soalan temuduga dengan baik.
Ketika temuduga, jawablah dengan tenang dan jujur. Kejujuran kita dapat di kesan dari air muka kita dan body language kita. Yang penting ia akan mudah ditangkap oleh hati penemuduga kita.
Fokuskan untuk memaklumkan apa kekuatan kita dan bagaimana kekuatan kita mampu membantu syarikat itu mencapai misi dan objektif serta sasaran mereka. Jadi kena buat homework berkaitan company tu, apa mereka buat, berapa staff mereka, apa visi dan misi mereka dan fikirkan dengan jujur apa kekuatan kita yang mampu membantu mereka kerana mereka juga terlibat dalam membangun tamadun manusia. Fikirkan dengan ikhlas dan bagitau mereka dengan ikhlas.
Apapun, in short jangan putus dari sedar ke Allah.
(From Team JomKerjaSelangor)
No comments:
Post a Comment