Assalamualaikum, dan selamat pagi.
Dari semalam saya teringat janji saya kepada seorang kawan untuk menulis tentang tajuk sekufu' di dalam pernikahan. Ramai yang bertanya saya, adakah sekufu itu wajib di dalam pernikahan? Memandangkan kesuntukan masa dan kerja banyak di ofis, saya memilih untuk berkongsi tulisan dari satu website mengenai jodoh yang sekufu. dan saya akan tambah pandangan saya sendiri di bawah heading NOTA SAYA.
ejak akhir-akhir ini saya selalu diajukan dengan soalan adakah sekufu itu bermakna kita perlu memilih pasangan yang sama tahap pendidikannya? Adakah perlu kita memilih pasangan yang sama tahap kekayaannya? Adakah bermakna mereka yang berpendidikan tinggi tidak boleh atau tidak berhak mengahwini mereka yang lebih rendah tahap
pendidikannya? Adakah orang miskin tidak boleh bernikah dengan orang yang yang kaya? Adakah anak orang kampung tidak boleh bernikah dengan anak orang bandar? Adakah anak dari keluarga ustaz/ustazah tidak boleh bernikah dengan mereka yang bukan ustaz/ustazah?Adakah anak orang PAS tidak boleh bernikah dengan anak orang UMNO? Adakah anak orang ABIM tidak boleh bernikah dengan orang PAS? Adakah anak orang IKRAM tidak boleh bernikah dengan anak orang PAS atau ABIM?
Jawapannya sudah tentu semuanya boleh bernikah...tidak ada satu larangan pun baik di dalam Quran atau Hadis yang melarang kita bernikah dengan orang yang berlainan tahap pendidikannya, berlainan status kekayaannya, berlainan latar belakang pendidikannya, berlainan fahaman politiknya. Sungguh, tidak ada larangan atau tegahan yang melarang kita dari sudut hukum harus, haram, wajib, sunat dan makruh.
Tetapi bila kita melihat dari sudut kemaslahatan dan maqasid as-Shariah, memang akan ada pros dan cons, ada kebaikan dan keburukan yang perlu dipertimbangkan dengan teliti. Kita lihat dari satu sudut ke satu sudut yang berbeza.
1. Bolehkah lelaki kaya bernikah dengan perempuan yang miskin?
Dari sudut hukum, ya..sudah tentu boleh atau diharuskan. Kalau lelaki yang kaya itu lelaki yang baik iman dan akhlaknya sudah tentu tidak menjadi masalah besar kerana kekayaan itu insyaAllah akan digunakan ke jalan yang baik. Bersedekah, berinfaq di jalan Allah, membantu sanak saudara sendiri dan keluarga isterinya. Yang menjadi masalah ialah apabila memilih lelaki kaya yang tidak beriman dan berakhlak, maka kekayaannya itu akan dihamburkan kepada perkara-perkara maksiat. Joli sana, joli sini...perempuan sana, perempuan sini. Sebab hari ini ramai juga perempuan yang sangat minat dengan kekayaan orang lain. Jadi, di situlah akan bermulanya masalah rumahtangga.
2. Bolehkah wanita kaya bernikah dengan lelaki yang miskin? Jawapannya sama juga tidak menjadi masalah kalau lelaki itu lelaki yang baik iman dan akhlaknya. Kenapa? Sebab lelaki yang baik iman dan akhlaknya tidak akan mengikis harta isterinya yang kaya kerana dia adalah lelaki yang ada harga diri. Dia akan tetap berusaha memberikan nafkah kepada isterinya selagi mana dia mampu. Dia tidak akan bersenang lenang dengan duit isterinya, tetapi dia akan berusaha untuk memajukan dirinya. yang jadi masalah kalau lelaki itu tidak punya harga diri dan mempunyai sifat suka mengambil kesempatan ke atas isterinya. Memang ada wanita yang tidak berkira dengan suaminya, kalau boleh bulan dan bintang pun nak diberikan kepada suami yang dicintainya, tetapi tabiat manusia, kalau asyik give, give dan give...lama kelamaan dia akan give up juga. Apatah lagi kalau si suami sudahlah tidak memberikan kemewahan harta benda, kasih sayang pun tidak diberikan kepada isterinya. maka di situ akan berlaku keretakan hidup berumah tangga.
3. Bolehkah anak orang kaya bernikah dengan anak orang miskin? Sudah tentu boleh kalau hati dah suka dan cinta. Sama seperti kisah dalam cerita Ibu Mertuaku, masa cinta dan sayang sanggup anak gadis Nyonya mansur lari ikut kassim Selamat yang hanya pemain muzik. Tetapi bila si suami tidak ada pendapatan, tidak ada duit lagi, terpaksa tinggal di rumah buruk saja, maka isteri pun menelefon emaknya sambil menangis mengadu kesusahan hidupnya. Walhal kalau kita benar-benar cinta pada suami kita, biarpun terpaksa makan nasi berlaukkan garam atau kicap, kita akan tetap setia bersama suami kita. tapi sebab sudah terbiasa hidup mewah, bila bernikah dengan suami yang susah,ramai yang kecewa, menyesal kerana memilih suami yang tidak ada harta, tidak ada pangkat besar, tidak ada kereta besar. Tapi kalau isteri yang beriman dan solehah, dia tidak akan kisah dengan kesusahan itu asalakn saja suaminya baik dan beriman serta berakhlak baik. Isteri yang solehah tidak akan mengadu kepada keluarganya tentang kesusahan suaminya. bukan apa, kebanyakan emak ayah sangat sensitif kalau tahu anaknya tidak cukup makan, tidak cukup pakai. Itu yang ramai ibubapa masuk campur dan mula bercakap, "hah..anak aku boleh cari suami yang lebih kaya, ramai lagi lelaki yang nak kat anak aku. Anak, kau minta saja cerai dari laki kau tu." itulah risiko kalau lelaki miskin berkahwin dengan anak orang kaya.
4. Bolehkah anak orang kampung bernikah dengan anak orang bandar? Kalau kita tengok cerita di TV...anak profesor Universiti boleh bernikah dengan dengan tarzan, anak angkat monyet di hutan. Takkanlah orang kampung tak boleh bernikah dengan dengan orang bandar? Tapi itulah hakikat yang kita kena terima, , hidup did alam alam lakonan, tak sama dengan alam kehidupan yang nyata. ada perbezaan antara reel life dan real life.
Anak orang kampung tak biasa dengan cara hidup anak orang bandar. Kata seorang wanita muda kepada saya, "tak tahanlah Dr, birthday emak dia saya kena pergi, dan bawa hadiah, birthday anak saudara dia saya kena pegi dan beli hadiah, birthday emak saudara, nenek saudara pun saya kena pergi jugak.letihlah Dr. Nak beli hdiah murah rasa segan pulak, jadi terpaksalah korban duit untuk emak ayah di kampung semata-mata nak belikan hadiah birthday untuk anak saudara dia.
balik kampung pulak Dr, dia tak mahu tidur di rumah emak ayah saya. Katanya panas, tak ada aircond, nyamuk banyak, tak ada shower air panas. Dia sanggup ajak saya dan anak2 tidur di hotel sampai emak dan ayah kecil hati. kalau saya tak mahu ikut dia, dia akan merajuk panjang. Haa..itulah risiko yang kita kena hadapi kalau nak bernikah dnegan orang yang tidak sekufu dengan kita. to be continued...
courtesy from madam fauziah, http://fauziahmohdnoor.blogspot.com
No comments:
Post a Comment