Wednesday 29 July 2015

#Kisah 1 : Poligami; Isteri Pertama Abai, (Cerita Sebelah Pihak)

Saya kongsikan kisah ini adalah untuk diambil pengajarannya sekiranya ada. Kisah yang saya dapat daripada seorang lelaki (pakcik) di pertengahan umur. Tujuan dia adalah untuk mengambil borang kebenaran untuk berpoligami daripada mahkamah syariah. Seperti biasa, telah menjadi sebahagian tugas saya untuk memberi sedikit penerangan bagaimana untuk mengisi borang tersebut walaupun borang tersebut jelas lengkap dan mudah untuk diisi.

Telah menjadi kebiasaan juga, setiap yang datang tu pasti ada cerita yang ingin diluahkan atau dikongsikan.

Pakcik tu pun ceritalah kenapa dia ingin berkahwin satu lagi. Dakwanya sudah hampir setahun dia dan juga isteri dia tidak bertegur sapa, walaupun tinggal sebumbung. Dia juga merasakan bahawa diri dia ibarat menumpang di rumah tersebut, walhal mereka masih suami isteri.

 Pak cik tu cerita, sampaikan anak-anak dia pun macam nak tak nak je bertegur sapa dengan dia. Sampai dia givap sekiranya bila anak-anak semua dah Berjaya dan dah kaya-raya, kalaupun tak nak jaga dia, pesan dia pada anak-anak ialah letakkan dia di rumah jagaan orang tua.

Pak cik tu pun tak tahu apa punca sampai isteri dia jadi macam tu. Mungkin katanya, apa yang dia sediakan tak cukup. Pakcik tu cakap adik beradik isteri dia orang yang hebat-hebat, gaji besar. Mungkin la kot. Pakcik tu buat dua kerja untuk menyara isteri dan anak-anak yang tengah belajar. Dua orang di university dan seorang di sekolah menengah. Kerja kilang dari jam 8 sampai jam 7 petang. Kemudian bersiap untuk terus ke kerja di pasar uptown, balik jam lebih kurang 3 pagi.

Perbelanjaan anak-anak yang berada di universiti RM 600 seorang, dan yang di sekolah menengah lagi. Hemmm.

Isteri dia pun bekerja jugakla sebagai pengasuh dengan pendapatan RM 1000. Tapi takkan disebabkan itu sampai boleh jadi tak bertegur sampai setahun. Yela mungkin disebabkan die terpaksa bekerja, dia pun pandang rendah pakcik tu. Entahla.

Pakcik tu pun cakap die die pun mana boleh tahan lama-lama kalau isteri die pun taknak layan, kat mana lagi die lepaskan, huuu.. betul juga apa yang pakcik tu cakap. Tapi tula mesti ada punca yang lain atau isu yang menyebabkan perkara tu berlaku. Kalau saya buat siasatan memang akan jumpa. Cumanya pak cik ni taknak cerita dalam-dalam tadi.

Kalau isteri die hadir sekali memang semuanya akan terbongkar luar dalam. Lagipun apa yang saya dengar dalah daripada sebelah pihak sahaja. Cumanya sedikit sebanyak daripada serita pakcik ni boleh la kita ambik la pengajarannya.

Saya pun tak tahu la dengan permohonan dia untuk dapatkan kebenaran mahkamah untuk berpoligami, lulus atau tidak. Kalau dinilai daripada cerita dia dan isu berkenaan wali bakal isteri kedua dia hemm. Dia pun ada bertanyakan apa kesan-kesan kalau dia nikah di sempadan.
Apa-apa pun, apa yang boleh saya doakan adalah yang terbaik sahaja.

*masa awal perkahwinan semuanya manis dan indah belaka
*berjanji susah senang bersama

*manusia berubah

Thursday 18 June 2015

Ujian & Hikmah


Setiap hamba sememangnya akan diuji
Ujian yang datang dalam bentuk pelbagai
Ujian dalam kesenangan
Ujian dalam kepayahan
Ujian dalam ujian 

Itu semua untuk menguji fitrah hambanya
Yang berjaya akan merasa manis cintaNya

Hikmah seiring mengapit ujian
Bagi yang berjaya merungkai persoalan ujian
Hikmah menjadi pengubat mahupun ganjaran
Carilah hikmah di dalam ujian
Kerana Dia tidak menghantar ujian tanpa panduan
Dia sentiasa menanti permohonan pertolongan
Dia tidak rugi dengan sebab lalai atau putus asa hambanya

Carilah hikmah
Hikmahnya sungguh indah.

Aku rasa aku dah temui hikmah ujian itu.
Hikmah yang aku jumpa memberi ketenangan
Memberi kebebasan
Membuka pintu-pintu dunia dan akhirat
Terima Kasih di atas doa yang dikirimkan
Maaf sudah lama aku utuskan
Doa juga aku sampaikan 
Agar ketemu apa yang di citakan
Semoga ketenangan akal dan jiwa menjadi tapak batu loncatan.

Best of luck on your future endeavour.

Thursday 13 June 2013

Never Ending Story - Lee Sung Chul

Kali Ni Aku Nak Kongsi Sikit La Salah Satu Antara Lagu Favourite Aku, Quite Meaning Full Jugak La Bagi Aku, Vocalist Die Pun Pergh Alamak Ai Sedap La Plak, Ngam La Pulak Dengan Taste Aku, Vocal Aku Kurang Setengah Note Je Lagi Nak Sampai Sama Macam Vocalist Lagu Ni Eceh Hahaha ^^; Maybe Kalau Aku Kurangkan Minum Air Berais N Kurangkan Makanan Berminyak Insya Allah Boleh Sampai Kot, Hahaha Kuat Berangan Aku Nih,,,

Anyway Enjoy La Dulu Lagu Nih,,, Aku Letak Sekali Romanize Lirik Dengan Translation Die Skali^^




손 닿을 수 없는 저기 어딘가
son daheul su eomneun jeogi eodinga
오늘도 넌 숨쉬고 있지만,
oneuldo neon sumswigo itjiman,
너와 머물던 작은 의자위엔
neowa meomuldeon jageun uijawien
같은 모습의 바람이 지나네
gateun moseubui barami jinane
너는 떠나며
neoneun tteonamyeo
마치 날 떠나가듯이 멀리 손을 흔들며
machi nal tteonagadeusi meolli soneul heundeulmyeo
언젠간 추억에 남겨져 갈꺼라고
eonjengan chueoge namgyeojyeo galkkeorago

그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대이기에
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeigie
너는 떠나며
neoneun tteonamyeo
마치 날 떠나가듯이 멀리 손을 흔들며
machi nal tteonagadeusi meolli soneul heundeulmyeo
언젠간 추억에 남겨져 갈꺼라고
eonjengan chueoge namgyeojyeo galkkeorago
그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대여
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeyeo
그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대여
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeyeo
그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대이기에
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeigie
——–
Somewhere out of my reach
Maybe you’re breathing the same air I do
The wind that bears the scent of the day
passes by the bench we used to sit
Still I remember you,
waving your hands till the end
And hear your last words that
the moments we shared would never fade away
Like a scene from a movie,
No matter how far apart they are,
end up facing each other
Wish it could happen to me
Though I couldn’t be by your side,
when you needed me most
I’m thinking of you
with the wind of the day on my face
Still I remember you,
waving your hands till the end
And hear your last words that
the moments we shared would never fade away
Like a scene from a movie,
No matter how far apart they are,
end up facing each other
Wish it could happen to me
Though I couldn’t be by your side,
when you needed me most
I’m thinking of you
with the wind of the day on my face
Credits to doolee10

Wednesday 1 May 2013

sorry la ak moody sikit td


Sejak dua menjak ni ak rse macam senang sangat nk moody,

Adakah ak sedang mengalami evolusi psikologi,

Atau sekadar ujian nk naik level kesabaran?

Wallahua’lam...

Al kisah nak dijadikan cerita, semalam sepanjang hari ak moody,

ak biasenye seorang yg happy go lucky bile kt luar,

start dari first kelas ak dh jd moody,

bile ak x diberi ruang utk defend mula ak memberontak kat dalam hati,

yup memg salah ak pun,

so sepanjang hari la ak moody, kelas seterusnya sampaikan ke ofis,

moody ak ni jenis tak marah org,

tp diam x bersuara, dan klu bersuara pun tone sarcastic sikit,

tak pernah2 ak senyap dalam kelas,

td ak boleh senyap x bersuara dalam kelas,

senyum pun sinis je,

my best fren maybe perasaan ak moody time kt kelas td,

dulu time ad moto, ak dh kuar layan mrr2 jap, dapat Gombak paya jaras 2x tenang la

by the way, time trening silat td ak dh let go everything,

sejuk sikit hati dgn jantung ak,

semoga evolusi psik ak ni cepat sikit,

kesian ak tgk org sekeliling ak jd tertanye2 ; apehal la topek tu, dtg bulan ke ap, senyap semacam je

takut kann hehehe

so malam ni boleh la tido dalam keadaan yg tenang,,, alhamdulillah 



ps: jgn ponteng kelas, moody tak baik utk jantung dan buah finggang ^^

Wednesday 10 April 2013

terkilan...


Ni malam d puny merapu kt fb, haha

bab adab versi aqli,

skang ni byk kes org2 muda tak hormat org yg lebih tua,

acane tu, ap punca ketidakhormatan mereka tu,

bagi ak, salah satu prinsip yg ak pegang ni 'ak kene hormat org klu ak nk org hormat ak'

berbalik kpd isu td, biasanya memg org lebih tua la akn rase yg budak2 muda ni kurg hajar kan,,,

tp ak agak kehairanan, apakah mereka(org yg lebih tua) tidak rase 'ak ni beradab ke mase tegur dorg td?' 

to be honest la, ak sbg org muda ni, klu ak kurg hajar dgn org yg lebih tua, ak sedar bahawa tindakan itu sememangnye kurg hajar,
tp ad satu perasaan yg mengatakan dalam hati tu yg macam membenarkan ak buat tanpa rase bersalah, 'ahh dorg pun bukan beradab sgt pun, cakap menengking2, die ingat macam cakap dengan lembu ke ap'

haa nampak kan permainan die kat situ.

satu lg, bg org yg lebih tua ni ak rase dorg pun ad perasaan yg membenarkan tindakan mereka tu; 'ak org yg lebih tua, lebih byk makan garam, so korg kene hormat'

apakah? ohoi two ways communication please,,,

cuma lain la dah kalau kite dh cuba tahan diri dari berlaku kurg hajar dalam bereaksi terhadap sesuatu yg kurg hajar, tp tak boleh jugak, nk buat camne, kadang2 imam pun sesak da~~~

satu lg nk ingatkan balik kat diri ak ni, dh bile org layan kita baik jangan la pulak kite ambil kesempatan, dah pak guard ni tegur kesalahan kite sambil senyum cakap dalam nada yg friendly dan happening, kita ambik kesempatang, memg carik nahas la, acane?

lagi2, tolong la buang persepsi 'ak org yg lebih tua, so korg kene hormat ak' dan 'ah die pun adab entah kemana, ini pulak mintak ak beradab dgn die, haram jadah'.

Sape2 pun, hatta org yg dh makan byk sgt garam tu ke sampai dapat darah tinggi, mahupun org yg baru nk belajar makan garam ni, kalau boleh senyum dulu, kan elok kalau cakap tu senyum, jgn tersengih-sengih dh la,
Semua ni  berbalik kepada peraturan yg Allah tetapkan dan juga sunnah nabi^^
Dh kalau kite senyum die still nk menengking macam org lain tak pernah buat salah, kalau boleh tahan dulu, dah kalau dh exceed limit kesabaran kita, ak serahkan kt korg sume nk buat ap.

hemm tu je la kot, 

ps: 
ak kene hormat org, klu nk org hormat ak
this is just my drowsy opinion uwwwah Zzzzz 
kbyetuje,

Sunday 10 March 2013

Sedih,,,Muhasabah,,, title ni je yg ad dlm fikiran.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni ak punye jadual memg compact dh macam laptop jenama Compaq yg nk try jadi compact sampaikan ape pun tak jadi, hang aje. 

Anyway, Alhamdulillah semua dapat ak jalankan kecuali ada la sikit mistake, terlewat turun trening silat,,, huhu sorry ladies and gentleman tersilap kira2 masa.

Ap2 pun lepas habis je trening terus bukak fb browse jap ad ternampak beberapa pict yg kawan ak share agak meruntun kalbu ak,

Apa yang anda semua boleh tafsirkan based on gambar ni,,,

Bile ak tengok pict ni, ak teringat kt adik ak, ak rase die sebaya dgn adik ak, iras muka hampir same dgn adik ak yg bongsu,

kenapa die menangis?  dia dipaksa oleh sindiket tertentu ke untuk jual bunga tu ke? dia telah dilaporkan hilang ,,, 

ak pun tak tahu sama ada adik ni muslim atau bukan,,, tp ap yang penting adik adalah insan seperti kita.

arghh ak tak boleh tgk pict ni lame2,,, nangis~

Sejak akhir2 ni lepas accident tahun lepas, perasaan ak jadi lebih mudah terusik. 

Ak memg tak boleh tgk pict ataupun perkara 2  yg sedih. 

Mak cik yg tengah mop lantai kat mahallah pun boleh buat ak sebak.

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, Kau permudahkanlah segala urusannya,  tiada apa yang ak boleh lakukan untuk membantunya selain memohon Ihsan Mu ya Allah agar dipermudahkan segala urusannya,,,

Ya Allah ak sebagai hambamu yang lemah di sisimu ini rasa sangat bersyukur di atas limpah kurnia dan nikmat yang Engkau telah berikan,
walaupun kadang2 ak lupa bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepada ku sebenarnya adalah ujian semata2, untuk menguji keimananku kepadamu.

Ak memohon kepadaMu agar di ampunkan segala kesalahan yang telah ak lakukan,  segala kesalahan kedua ibu bapaku, kesalahan adik2ku, kesalahan guru2ku, kesalahan rakan2ku dan kesalahan orang2 islam yang lain, ya  Ghaffar, hanya Engkau la tempat ak bermohon dan berlindung.


>>>sekadar renungan dan muhasabah diri.

***tatkala kita rase hidup kita ni terlalu susah, ingatlah dekat luar sane ada yang lebih susah daripada kita***

Thursday 28 February 2013

Pecah lgi~


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,

Semalam berlalu dengan penuh dugaan, tapi segala apa yang berlaku tu semuanya ad hikmahnya, Cuma manusia saja yang suka menganggap nya sebagai satu bebanan,

Perghh macam nak buat teks ceramah plak,

Sebenarnya nk kongsi la sikit pasal cermin pecah,,, petang semalam on the way nk balik ke chamber singgah sekejap kat pasar malam dekat luar gate uia no2,

Sesape duk uia mesti arif bahawasanya ialah adalah ianya pada rabu malam ada pasar malam,

Haha nk dijadikan kisah ak g ni dgn rakan2 seperjuangan, so macam besela park kete dekat carpark dengan dengan pagar sebelah highway tu.

Pastu berjalan2 lah kami menuju ke gerai yg masing2 nk tuju tu,,,  

Besenye kalau ak pergi pasar malam uia ni memg takde benda len la ak nk beli, angkel bob. Memg itu je tujuan ak g.

Sampai2 a.b blum ready lg, maka berjalan lah ak bersama uti usha2 gerai len sesambil menunggu a.b tu.

Dalam hati ak cakap rasenye rakan seperjuangan yg len dh settle kot beli, maka lalulah ak ke gerai angkel bob td, ambik pesanan td.

Arakian, dh nk sampai gate uia, siti call ak tanye dh ad kt mane. Ak jawabla dh sampai gate ni nak balik,,,

Sampai je gate ak Nampak la mereka, expresi muka agak terganggu sikit, first thing Natasha kawan siti g tau ak, fiq jgn terkejut ek,,, dalam hati, ‘ah sudah’.

Ak pun terus je reply, cermin kene pecah kan?

Bingo tepat sekali tekaan ak,,, huhu. Cermin sisi kete kene pecah,,, apa lagi terus kami g pondok security kt tepi pagar tu,

Maka abg security tu pun panggil geng die dtg,,, sampai je geng die, beliau ambik gambar dari semua angle.






Kawasan ramai org lalu lalang pun kene pecah gak ke, mantap la si pelaku jenayah tu, mesti ilmu penuh di dada tu.

Usha2 dr tingkap sisi yg kene pecah tu, satu beg galas hilang kene ambik,,, seb bek tu je yg kene ambik.

Walaupun dalam tu takde laptop atau alat2 yg canggih, akan tetapi dlm beg tu byk dokumen yg sgt penting. Juga ada satu barang yang sgt berharga bg pemilik beg tersebut iaitu siti,

Rase bersalah ak,,, huuu~

Petang tu gak ak g buat report kt investigation unit. Satu lg nk cite, abg penyiasat tu baik dan peramah kot,,, pergh ak salute die la,,, so agk2 kalau korg nk buat report pape trus je g investigation unit tu.

So moral kejadian ni, jangan la tinggal ap2 dalam kete tu, sama ada beg ke atau seumpanya even plastic makanan,,

Bahawasanya ia sangat menarik minat si pelaku jenayah.

Sebelum ini ak memg selalu praktikkan kan beg sume letak kt boot, semalam je tetiba ak jadi lenient plak,,,

Tu la namenye asbab kejadian. Jadi kepada yg lain tu jadikan pengajaran ye.

Tapi takpelah segala yg berlaku tu ad hikmahnya, cume nk kene cari dan muhasabah apa hikmahnya.

Buat si pelaku jenayah tu, ak dah maafkan. Sebab kat sane nanti malas ak nk claim2, kalau boleh nk cepat settle urusan,,,

Tapi siti rakan seperjuangan ak tak tau la die dah maafkan belum,,, yg tu ak serah kt die,,, huhu

Hemm anyway ak sgt rase bersalah kat siti dan rakan2 seperjuangan yg len.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua insyaAllah.


Ps: nama yg disebut tu bukan nama sebenar tau kcuali nama
Ak dgn uti