Thursday 28 February 2013

Pecah lgi~


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,

Semalam berlalu dengan penuh dugaan, tapi segala apa yang berlaku tu semuanya ad hikmahnya, Cuma manusia saja yang suka menganggap nya sebagai satu bebanan,

Perghh macam nak buat teks ceramah plak,

Sebenarnya nk kongsi la sikit pasal cermin pecah,,, petang semalam on the way nk balik ke chamber singgah sekejap kat pasar malam dekat luar gate uia no2,

Sesape duk uia mesti arif bahawasanya ialah adalah ianya pada rabu malam ada pasar malam,

Haha nk dijadikan kisah ak g ni dgn rakan2 seperjuangan, so macam besela park kete dekat carpark dengan dengan pagar sebelah highway tu.

Pastu berjalan2 lah kami menuju ke gerai yg masing2 nk tuju tu,,,  

Besenye kalau ak pergi pasar malam uia ni memg takde benda len la ak nk beli, angkel bob. Memg itu je tujuan ak g.

Sampai2 a.b blum ready lg, maka berjalan lah ak bersama uti usha2 gerai len sesambil menunggu a.b tu.

Dalam hati ak cakap rasenye rakan seperjuangan yg len dh settle kot beli, maka lalulah ak ke gerai angkel bob td, ambik pesanan td.

Arakian, dh nk sampai gate uia, siti call ak tanye dh ad kt mane. Ak jawabla dh sampai gate ni nak balik,,,

Sampai je gate ak Nampak la mereka, expresi muka agak terganggu sikit, first thing Natasha kawan siti g tau ak, fiq jgn terkejut ek,,, dalam hati, ‘ah sudah’.

Ak pun terus je reply, cermin kene pecah kan?

Bingo tepat sekali tekaan ak,,, huhu. Cermin sisi kete kene pecah,,, apa lagi terus kami g pondok security kt tepi pagar tu,

Maka abg security tu pun panggil geng die dtg,,, sampai je geng die, beliau ambik gambar dari semua angle.






Kawasan ramai org lalu lalang pun kene pecah gak ke, mantap la si pelaku jenayah tu, mesti ilmu penuh di dada tu.

Usha2 dr tingkap sisi yg kene pecah tu, satu beg galas hilang kene ambik,,, seb bek tu je yg kene ambik.

Walaupun dalam tu takde laptop atau alat2 yg canggih, akan tetapi dlm beg tu byk dokumen yg sgt penting. Juga ada satu barang yang sgt berharga bg pemilik beg tersebut iaitu siti,

Rase bersalah ak,,, huuu~

Petang tu gak ak g buat report kt investigation unit. Satu lg nk cite, abg penyiasat tu baik dan peramah kot,,, pergh ak salute die la,,, so agk2 kalau korg nk buat report pape trus je g investigation unit tu.

So moral kejadian ni, jangan la tinggal ap2 dalam kete tu, sama ada beg ke atau seumpanya even plastic makanan,,

Bahawasanya ia sangat menarik minat si pelaku jenayah.

Sebelum ini ak memg selalu praktikkan kan beg sume letak kt boot, semalam je tetiba ak jadi lenient plak,,,

Tu la namenye asbab kejadian. Jadi kepada yg lain tu jadikan pengajaran ye.

Tapi takpelah segala yg berlaku tu ad hikmahnya, cume nk kene cari dan muhasabah apa hikmahnya.

Buat si pelaku jenayah tu, ak dah maafkan. Sebab kat sane nanti malas ak nk claim2, kalau boleh nk cepat settle urusan,,,

Tapi siti rakan seperjuangan ak tak tau la die dah maafkan belum,,, yg tu ak serah kt die,,, huhu

Hemm anyway ak sgt rase bersalah kat siti dan rakan2 seperjuangan yg len.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua insyaAllah.


Ps: nama yg disebut tu bukan nama sebenar tau kcuali nama
Ak dgn uti

Wednesday 6 February 2013

Servis kereta - voice out your right!

Assalamualaikum,

Story mory sy kali ni adalah berkenaan kereta. Bile dah pakai kereta semestinya kita nk jaga kereta kita kan, so salah satu cara nk jaga kete kita adalah dgn menghantarnya ke pusat servis kete. Sy adalah pengguna kereta myvi jadi semestinya saya akan hantar ke pusat servis produa yg berdekatan. Hihi.

Untuk tiga kali pertama untuk kereta produa, produa ada bagi voucher servis percuma. Servis charge je la yg percuma. Tukar barang tetap la kene bayar gak harga barang tu. Cuma tak kene servis charge la. Tapi ada perasan tak, bile kita consult dgn servis advisor, dia akan bagi tau ap yg perlu ditukar dan apa yang perlu diganti.

Perasan tak yg kita akan trus makan je nasihat yg die bagi tanpa usul periksa. Ye la kan, kete baru katenye so kene jage elok2. Sebenarnya, kita kene igt ad barang yang kita perlu tukar dan ada juga yang tidak. Besenye untuk 3 kali servis yg pertama dorg akn cakap minor servis dan kali ke empat adalah major servis. Minor servis tu adalah termasuk tukar engine oil dan oil filter la biasenye.

Major servis pulah adalah same macam minor servis, cume die akan tambah tukar gear oil, spark plug, break shoe dan lain2 yg Nampak major. Kita kene igt, barang yg ditukar kite kene bayar. Bukan murah barang tu, die claim barang original tapi kita bukan tau dia bagi original atau chicken brand. Takpun ntah2 die tukar ke tak.

So sebenarnye kalau ikutan buku manual yg produa bg, kita cume perlu tukar engine oil dgn oil filter je, bende2 lain tak perlu pun. Harge lebih kurang rm 101 je, kalau termasuk upah +-rm135.

Gear oil cume perlu tukar 40,000km skali, bukannya selepas 5,000 pertama dan 20,000 pertama. Nampak kan permainan dorg. Satu lg, spark plug, spark plug sebenarnya boleh bertahan sekurang-kurangya 50,000 km, kalau kurang dari 50,000 km maksudnya ialah adalah bahawasanya enjin kete tu ad problem. Ni semua sy rujuk kt manual guide yg produa bg mase beli kete dulu.

Kalau nk ikutkan betul2 la kan, untuk 1000, 5000, 10000, 20000 dan 30000 yang pertama kita cume perlu bayar +-rm 101 je, tak termasuk upah. Perkara2 lain kalau rujuk kt manual tu Cuma perlu periksa bukan tukar.

Satu lagi isu, pusat servis ni kadang2 pelik gak, pagi tadi sy hantar kete g  servis, sy cakap sy nk tukar engine oil dgn filter, yg lain periksa je. Alih2 mase nk bayar, tgk kt resit, rm 149 tak termasuk servis charge. Diorg memandai tambah windshield washer la, d.p gasket la, air cabin filter la, yg minor2. Nk je sy re-but balik resit tu, tp memikirkan yg partly salah sy sebab tak inform secara tepat engine oil dan filter SAHAJA yg lain jgn buat. Kn dh koyak. Lagipun barang tu dah masuk takkan nk suruh sedut kluar plak.

Anyway, silalah rujuk manual yg produa bagi tu, ad sebab kenapa produa bagi manual tu, dari situ jugak kita boleh tahu apa yg perlu ditukar, apa yang perlu tak perlu ditukar dan apa yang perlu diperiksa sahaja. Kalau tak kene sembelih la korang.

Ps: hati2 semasa memandu ingatlah orang yang tersayang. Voice out your right!

Tuesday 5 February 2013

Saya normal la~


Assalamualaikum dan selamat petang^^

Hari ni kiranya adalah hari kedua saya dalam kelas llb_s, masuk kelas nusus syar’iah je td lecturer trus buat test i’rab perghhh. Hemm. tak taulah bleh ke sy stay dalam kelas ni, my grad audit still incomplete plak, huhu, perkara ni dh dibawa ke g.o aikol. Hopefully it will settle or if not I’ve to take Arabic class again huhu. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami.

Anyway, Allah adalah sebaik-baik perancang, dan perancangan Nya adalah sebaik-baik perancang.

Sebenarnya ada something yg nak saya story mory ni, cite pasal kawin, korg yg belum kawin mesti selalu ditanye dgn soalan ni kan? Semestinya kan?

Soalan favourite atau boleh masuk dalam kategori cepu emas gak la, ble dh lame tak jumpe member atau saudara mara, dah ad gurlpren belum? Aau dah ada calon ke? Atau ate bile mika nk kawin? Atau mika bila pulak?

Kan2 bese kan? Sebab sy pun suke tanye soalan ni kt org jugak haha. Sy selalu gak dapat soalan camni, tp bila sy jawab x de atau relax la dulu, dorang reply ni plak ‘tu la ko memilih sangat~’ wat the...

Adoi2 bukan memilih la ahaha, kalau sy jawab tak rase nk kawin lg tak terima pulak. Cakap sy tak normal hahaha. Daebak. Ohoi sy normal la. Cuma skang my passion is to superbike hahaha, kt perempuan tu hemm memey ad tp superbike mengatasi haha.

Setakat ni x de perempuan atau gadis yg Berjaya mengetuk pintu kalbu saya kecuali superbike hahaha. Tp jgn la cakap sy tak normal pulak, serious ni. Sy nk kawin jugak tp macam yg sy cakap la td, tak de yg Berjaya lagi hahaha, perasan kan hahaha.

Bile ramai kawan yg dah kawin, betul la rase terikut2 pulak, tp bile fikir balik rase takut la plak, ntah ap yg ak takutkan. Mohon penjelasan hahaha

Anyway, kepada rakan2 sekalian, sahabat handai dan juga tidak lupe kepada saudara mara sy sama ada yg jauh mahupun yg dekat, rezki, jodoh dan maut semuanya telah tertulis, hanya menunggu waktu je hihi. So tak yah la nk provoke sgt haha, insya Allah bile ad yg Berjaya membuka pintu besi kalbu sy dgn kod binary yg betul, insya Allah boleh masuk haha.

Ps: kepada yg dh kahwin semoga berkekalan hingga ke syurga. Kepada yang dah nak kahwin tu semoga dipermudahkan segala urusan. hihi