Monday 22 October 2012

re: Sekufu


Assalamualaikum, dan selamat pagi.

Dari semalam saya teringat janji saya kepada seorang kawan untuk menulis tentang tajuk sekufu' di dalam pernikahan. Ramai yang bertanya saya, adakah sekufu itu wajib di dalam pernikahan? Memandangkan kesuntukan masa dan kerja banyak di ofis, saya memilih untuk berkongsi tulisan dari satu website mengenai jodoh yang sekufu. dan saya akan tambah pandangan saya sendiri di bawah heading NOTA SAYA.

Peraturan Mencari jodoh

Sebelum sesebuah keluarga dibentuk, Islam telah menetapkan terlebih dahulu pertimbangan dalam men cari pasangan dengan tujuan menjamin kesejahteraan. Rasulullah S.A.W. melarang kecantikan dan kekayaan menjadi ukuran penting di dalam memilih isteri, tetapi hendaklah memilih yang berpegang kepada agama. Sabda baginda yang bermaksud:

'Janganlah mengahwini wanita-wanita kerana kecantikan. Mungkin kecantikan itu memburukkan hidup. Jangan mengahwini mereka kerana harta, mungkin harta itu menyebabkan kezaliman mereka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Seorang sahaya yang hitam, berbibir tebal yang beragama adalah lebih baik.

(Diriwayatkan oleh Ibn Majah).

Begitu juga bagi seorang wanita, janganlah menjadikan pangkat dan harta sebagai pertimbangan asasi di dalam memilih suami, kerana pangkat dan harta tanpa akhlak dan agama menjadi punca fitnah yang akan merosakkan kehidupan rumahtangga.

Keturunan Dan Kufu'

Salah satu asas pertimbangan, selain daripada keagamaan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, ialah keturunan bakal isteri itu. Aspek yang penting yang hendak ditinjau ialah dari segi kesihatan dan keadaan hidup keluarga. Dari segi kesihatan, perlu dikaji sama ada bakal isteri dan suami mempunyai keluarga yang mempunyai penyakit keturunan. Ini tidak bermakna wanita yang mempunyai keluarga yang berpenyakit tidak boleh dikahwini dan dipandang hina. Bahkan apa yang dimaksudkan di sini ialah ketelitian di dalam membentuk keluarga yang mahu mencapal peringkat yang ideal.

Demikian juga perlu ditinjau aspek keadaan hidup keluarga bakal isteri, saina ada berpegang teguh kepada agama dan akhlak atau tidak. Keadaan dan suasana rumahtangga ibu bapa, sudah tentu mempengaruhi kehidupan anaknya. Sekiranya bakal suami isteri itu daripada keluarga yang tidak menghormati agama dan akhlak, sudah tentu sukar untuk membentuk suasana yang sesuai dengan kehendak Islam dalam keluarga tersebut.

Perkahwinan kufu' ialah perkahwinan di antara suami dan isteri yang mempunyai persamaan dari segi keadaan hidup. Memang ada aliran hukum di dalam perundangan Islam yang tidak melihat perkara ini sebagai penting. Mereka memandang tidak penting yang kaya berkahwin dengan yang miskin, yang berpangkat berkahwin dengan yang tidak berpangkat. Aliran ini melihat dari aspek kemanusiaan semata-mata, yakni Allah S.W.T. menjadikan manusia sama sahaja. Tetapi satu aliran hukum lagi dalam peiundangan Islam iaitu aliran al-Syafiyyah, memandang perbezaan taraf hidup sama ada dari segi kekayaan, ilmu, akhlak dan lain-lain mempunyai pengaruh dalam menentukan kehidupan rumahtangga, kerana realiti kehidupan seperti ini tidak boleh diperkecilkan. Seorang perempuan kaya yang sudah biasa dengan kehidupan mewah mungkin tidak boleh hidup dengan suami yang berasal daripada keluarga yang miskin.

Aliran perundangan al-Syafiyyah, memberi hak kepada wali untuk melarang anak perempuan berkahwin dengan orang yang tidak sekufu' dengannya untuk mengelak daripada masalah ini dan untuk kepentingan hidup anaknya. Demikian juga aliran ini memberi hak kepada anak perempuan membantah wali mengahwinkah dirinya dengan orang yang tidak sekufu' dengannya, demi untuk menjaga kepentingan diri dan kehidupannya di masa hadapan.

NOTA SAYA:Persoalan yang kerap diajukan kepada saya ialah adakah kufu dari segi ilmu itu wajib atau amat penting? Adakah mereka yang lebih tinggi kedudukan ilmunya kerana memiliki diploma, ijazah, ijazah sarjana, dan ijazah kedoktoran (phd) perlu bernikah dengan orang yang sama taraf dari segi pendidikannya? Adakah tidak boleh untuk mereka bernikah dengan orang yang lebih rendah pendidikannya?

Jawapannya sangat subjektif...saya akan berkongsi pendapat di dalam tulisan yang berikutnya. kenapa sekufu itu sangat penting tetapi tidak menjadi satu kewajiban.

ejak akhir-akhir ini saya selalu diajukan dengan soalan adakah sekufu itu bermakna kita perlu memilih pasangan yang sama tahap pendidikannya? Adakah perlu kita memilih pasangan yang sama tahap kekayaannya? Adakah bermakna mereka yang berpendidikan tinggi tidak boleh atau tidak berhak mengahwini mereka yang lebih rendah tahap
pendidikannya? Adakah orang miskin tidak boleh bernikah dengan orang yang yang kaya? Adakah anak orang kampung tidak boleh bernikah dengan anak orang bandar? Adakah anak dari keluarga ustaz/ustazah tidak boleh bernikah dengan mereka yang bukan ustaz/ustazah?Adakah anak orang PAS tidak boleh bernikah dengan anak orang UMNO? Adakah anak orang ABIM tidak boleh bernikah dengan orang PAS? Adakah anak orang IKRAM tidak boleh bernikah dengan anak orang PAS atau ABIM?



Jawapannya sudah tentu semuanya boleh bernikah...tidak ada satu larangan pun baik di dalam Quran atau Hadis yang melarang kita bernikah dengan orang yang berlainan tahap pendidikannya, berlainan status kekayaannya, berlainan latar belakang pendidikannya, berlainan fahaman politiknya. Sungguh, tidak ada larangan atau tegahan yang melarang kita dari sudut hukum harus, haram, wajib, sunat dan makruh.



Tetapi bila kita melihat dari sudut kemaslahatan dan maqasid as-Shariah, memang akan ada pros dan cons, ada kebaikan dan keburukan yang perlu dipertimbangkan dengan teliti. Kita lihat dari satu sudut ke satu sudut yang berbeza.



1. Bolehkah lelaki kaya bernikah dengan perempuan yang miskin?
Dari sudut hukum, ya..sudah tentu boleh atau diharuskan. Kalau lelaki yang kaya itu lelaki yang baik iman dan akhlaknya sudah tentu tidak menjadi masalah besar kerana kekayaan itu insyaAllah akan digunakan ke jalan yang baik. Bersedekah, berinfaq di jalan Allah, membantu sanak saudara sendiri dan keluarga isterinya. Yang menjadi masalah ialah apabila memilih lelaki kaya yang tidak beriman dan berakhlak, maka kekayaannya itu akan dihamburkan kepada perkara-perkara maksiat. Joli sana, joli sini...perempuan sana, perempuan sini. Sebab hari ini ramai juga perempuan yang sangat minat dengan kekayaan orang lain. Jadi, di situlah akan bermulanya masalah rumahtangga.


2. Bolehkah wanita kaya bernikah dengan lelaki yang miskin? Jawapannya sama juga tidak menjadi masalah kalau lelaki itu lelaki yang baik iman dan akhlaknya. Kenapa? Sebab lelaki yang baik iman dan akhlaknya tidak akan mengikis harta isterinya yang kaya kerana dia adalah lelaki yang ada harga diri. Dia akan tetap berusaha memberikan nafkah kepada isterinya selagi mana dia mampu. Dia tidak akan bersenang lenang dengan duit isterinya, tetapi dia akan berusaha untuk memajukan dirinya. yang jadi masalah kalau lelaki itu tidak punya harga diri dan mempunyai sifat suka mengambil kesempatan ke atas isterinya. Memang ada wanita yang tidak berkira dengan suaminya, kalau boleh bulan dan bintang pun nak diberikan kepada suami yang dicintainya, tetapi tabiat manusia, kalau asyik give, give dan give...lama kelamaan dia akan give up juga. Apatah lagi kalau si suami sudahlah tidak memberikan kemewahan harta benda, kasih sayang pun tidak diberikan kepada isterinya. maka di situ akan berlaku keretakan hidup berumah tangga.



3. Bolehkah anak orang kaya bernikah dengan anak orang miskin? Sudah tentu boleh kalau hati dah suka dan cinta. Sama seperti kisah dalam cerita Ibu Mertuaku, masa cinta dan sayang sanggup anak gadis Nyonya mansur lari ikut kassim Selamat yang hanya pemain muzik. Tetapi bila si suami tidak ada pendapatan, tidak ada duit lagi, terpaksa tinggal di rumah buruk saja, maka isteri pun menelefon emaknya sambil menangis mengadu kesusahan hidupnya. Walhal kalau kita benar-benar cinta pada suami kita, biarpun terpaksa makan nasi berlaukkan garam atau kicap, kita akan tetap setia bersama suami kita. tapi sebab sudah terbiasa hidup mewah, bila bernikah dengan suami yang susah,ramai yang kecewa, menyesal kerana memilih suami yang tidak ada harta, tidak ada pangkat besar, tidak ada kereta besar. Tapi kalau isteri yang beriman dan solehah, dia tidak akan kisah dengan kesusahan itu asalakn saja suaminya baik dan beriman serta berakhlak baik. Isteri yang solehah tidak akan mengadu kepada keluarganya tentang kesusahan suaminya. bukan apa, kebanyakan emak ayah sangat sensitif kalau tahu anaknya tidak cukup makan, tidak cukup pakai. Itu yang ramai ibubapa masuk campur dan mula bercakap, "hah..anak aku boleh cari suami yang lebih kaya, ramai lagi lelaki yang nak kat anak aku. Anak, kau minta saja cerai dari laki kau tu." itulah risiko kalau lelaki miskin berkahwin dengan anak orang kaya.



4. Bolehkah anak orang kampung bernikah dengan anak orang bandar? Kalau kita tengok cerita di TV...anak profesor Universiti boleh bernikah dengan dengan tarzan, anak angkat monyet di hutan. Takkanlah orang kampung tak boleh bernikah dengan dengan orang bandar? Tapi itulah hakikat yang kita kena terima, , hidup did alam alam lakonan, tak sama dengan alam kehidupan yang nyata. ada perbezaan antara reel life dan real life.
Anak orang kampung tak biasa dengan cara hidup anak orang bandar. Kata seorang wanita muda kepada saya, "tak tahanlah Dr, birthday emak dia saya kena pergi, dan bawa hadiah, birthday anak saudara dia saya kena pegi dan beli hadiah, birthday emak saudara, nenek saudara pun saya kena pergi jugak.letihlah Dr. Nak beli hdiah murah rasa segan pulak, jadi terpaksalah korban duit untuk emak ayah di kampung semata-mata nak belikan hadiah birthday untuk anak saudara dia.


balik kampung pulak Dr, dia tak mahu tidur di rumah emak ayah saya. Katanya panas, tak ada aircond, nyamuk banyak, tak ada shower air panas. Dia sanggup ajak saya dan anak2 tidur di hotel sampai emak dan ayah kecil hati. kalau saya tak mahu ikut dia, dia akan merajuk panjang. Haa..itulah risiko yang kita kena hadapi kalau nak bernikah dnegan orang yang tidak sekufu dengan kita. to be continued...

courtesy from madam fauziah, http://fauziahmohdnoor.blogspot.com

Monday 15 October 2012

Berfikir Sejenak

Dari wall Ustaz Zailan Shafie:

Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi. Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi. Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing. Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…

Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk m

erasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.” Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?” “YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.

Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak. Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka. Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.” Si ayah menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.

Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan. “Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…” Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…

“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….

Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah. Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang? Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.

Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat. Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.

Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.

ALLAHUAKHBAR! ALLAH Maha Besar...

Nota saya:

JADILAH ORANG YANG CUBA MEMAHAMI BUKANNYA MENGHUKUM. JADILAH MANUSIA YANG MEMPUNYAI EMPATI, BUKAN SEKADAR SIMPATI.




Sharing from Dr Fauziah wall post.

Friday 5 October 2012

huh?

 

Your Results
 
Closed-MindedOpen to New Experiences
DisorganizedConscientious
IntrovertedExtraverted
DisagreeableAgreeable
Calm / RelaxedNervous / High-Strung
What aspects of personality does this tell me about?
There has been much research on how people describe others, and five major dimensions of human personality have been found. They are often referred to as the OCEAN model of personality, because of the acronym from the names of the five dimensions.
Openness to Experience/Intellect
        High scorers tend to be original, creative, curious, complex; Low scorers tend to be conventional, down to earth, narrow interests, uncreative.
         You are somewhat conventional.     (Your percentile: 30)
 
Conscientiousness
        High scorers tend to be reliable, well-organized, self-disciplined, careful; Low scorers tend to be disorganized, undependable, negligent.
         You tend to do things somewhat haphazardly.     (Your percentile: 30)
 
Extraversion
        High scorers tend to be sociable, friendly, fun loving, talkative; Low scorers tend to be introverted, reserved, inhibited, quiet.
         You tend to shy away from social situations.     (Your percentile: 31)
 
Agreeableness
        High scorers tend to be good natured, sympathetic, forgiving, courteous; Low scorers tend to be critical, rude, harsh, callous.
         You are neither extremely forgiving nor irritable.     (Your percentile: 44)
 
Neuroticism
        High scorers tend to be nervous, high-strung, insecure, worrying; Low scorers tend to be calm, relaxed, secure, hardy.
         You are generally relaxed.     (Your percentile: 37)
 
What do the scores tell me?
In order to provide you with a meaningful comparison, the scores you received have been converted to "percentile scores." This means that your personality score can be directly compared to another group of people who have also taken this personality test.The percentile scores show you where you score on the five personality dimensions relative to the comparison sample of other people who have taken this test on-line. In other words, your percentile scores indicate the percentage of people who score less than you on each dimension. For example, your Extraversion percentile score is 31, which means that about 31 percent of the people in our comparison sample are less extraverted than you -- in other words, you are rather introverted. Keep in mind that these percentile scores are relative to our particular sample of people. Thus, your percentile scores may differ if you were compared to another sample (e.g., elderly British people).