Thursday 13 June 2013

Never Ending Story - Lee Sung Chul

Kali Ni Aku Nak Kongsi Sikit La Salah Satu Antara Lagu Favourite Aku, Quite Meaning Full Jugak La Bagi Aku, Vocalist Die Pun Pergh Alamak Ai Sedap La Plak, Ngam La Pulak Dengan Taste Aku, Vocal Aku Kurang Setengah Note Je Lagi Nak Sampai Sama Macam Vocalist Lagu Ni Eceh Hahaha ^^; Maybe Kalau Aku Kurangkan Minum Air Berais N Kurangkan Makanan Berminyak Insya Allah Boleh Sampai Kot, Hahaha Kuat Berangan Aku Nih,,,

Anyway Enjoy La Dulu Lagu Nih,,, Aku Letak Sekali Romanize Lirik Dengan Translation Die Skali^^




손 닿을 수 없는 저기 어딘가
son daheul su eomneun jeogi eodinga
오늘도 넌 숨쉬고 있지만,
oneuldo neon sumswigo itjiman,
너와 머물던 작은 의자위엔
neowa meomuldeon jageun uijawien
같은 모습의 바람이 지나네
gateun moseubui barami jinane
너는 떠나며
neoneun tteonamyeo
마치 날 떠나가듯이 멀리 손을 흔들며
machi nal tteonagadeusi meolli soneul heundeulmyeo
언젠간 추억에 남겨져 갈꺼라고
eonjengan chueoge namgyeojyeo galkkeorago

그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대이기에
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeigie
너는 떠나며
neoneun tteonamyeo
마치 날 떠나가듯이 멀리 손을 흔들며
machi nal tteonagadeusi meolli soneul heundeulmyeo
언젠간 추억에 남겨져 갈꺼라고
eonjengan chueoge namgyeojyeo galkkeorago
그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대여
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeyeo
그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대여
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeyeo
그리워하면 언젠간 만나게 되는
geuriwohamyeon eonjengan mannage doeneun
어느 영화와 같은 일들이 이루어져 가기를
eoneu yeonghwawa gateun ildeuri irueojyeo gagireul
힘겨워한 날에 너를 지킬 수 없었던
himgyeowohan nare neoreul jikil su eobseotdeon
아름다운 시절속에 머문 그대이기에
areumdaun sijeolsoge meomun geudaeigie
——–
Somewhere out of my reach
Maybe you’re breathing the same air I do
The wind that bears the scent of the day
passes by the bench we used to sit
Still I remember you,
waving your hands till the end
And hear your last words that
the moments we shared would never fade away
Like a scene from a movie,
No matter how far apart they are,
end up facing each other
Wish it could happen to me
Though I couldn’t be by your side,
when you needed me most
I’m thinking of you
with the wind of the day on my face
Still I remember you,
waving your hands till the end
And hear your last words that
the moments we shared would never fade away
Like a scene from a movie,
No matter how far apart they are,
end up facing each other
Wish it could happen to me
Though I couldn’t be by your side,
when you needed me most
I’m thinking of you
with the wind of the day on my face
Credits to doolee10

Wednesday 1 May 2013

sorry la ak moody sikit td


Sejak dua menjak ni ak rse macam senang sangat nk moody,

Adakah ak sedang mengalami evolusi psikologi,

Atau sekadar ujian nk naik level kesabaran?

Wallahua’lam...

Al kisah nak dijadikan cerita, semalam sepanjang hari ak moody,

ak biasenye seorang yg happy go lucky bile kt luar,

start dari first kelas ak dh jd moody,

bile ak x diberi ruang utk defend mula ak memberontak kat dalam hati,

yup memg salah ak pun,

so sepanjang hari la ak moody, kelas seterusnya sampaikan ke ofis,

moody ak ni jenis tak marah org,

tp diam x bersuara, dan klu bersuara pun tone sarcastic sikit,

tak pernah2 ak senyap dalam kelas,

td ak boleh senyap x bersuara dalam kelas,

senyum pun sinis je,

my best fren maybe perasaan ak moody time kt kelas td,

dulu time ad moto, ak dh kuar layan mrr2 jap, dapat Gombak paya jaras 2x tenang la

by the way, time trening silat td ak dh let go everything,

sejuk sikit hati dgn jantung ak,

semoga evolusi psik ak ni cepat sikit,

kesian ak tgk org sekeliling ak jd tertanye2 ; apehal la topek tu, dtg bulan ke ap, senyap semacam je

takut kann hehehe

so malam ni boleh la tido dalam keadaan yg tenang,,, alhamdulillah 



ps: jgn ponteng kelas, moody tak baik utk jantung dan buah finggang ^^

Wednesday 10 April 2013

terkilan...


Ni malam d puny merapu kt fb, haha

bab adab versi aqli,

skang ni byk kes org2 muda tak hormat org yg lebih tua,

acane tu, ap punca ketidakhormatan mereka tu,

bagi ak, salah satu prinsip yg ak pegang ni 'ak kene hormat org klu ak nk org hormat ak'

berbalik kpd isu td, biasanya memg org lebih tua la akn rase yg budak2 muda ni kurg hajar kan,,,

tp ak agak kehairanan, apakah mereka(org yg lebih tua) tidak rase 'ak ni beradab ke mase tegur dorg td?' 

to be honest la, ak sbg org muda ni, klu ak kurg hajar dgn org yg lebih tua, ak sedar bahawa tindakan itu sememangnye kurg hajar,
tp ad satu perasaan yg mengatakan dalam hati tu yg macam membenarkan ak buat tanpa rase bersalah, 'ahh dorg pun bukan beradab sgt pun, cakap menengking2, die ingat macam cakap dengan lembu ke ap'

haa nampak kan permainan die kat situ.

satu lg, bg org yg lebih tua ni ak rase dorg pun ad perasaan yg membenarkan tindakan mereka tu; 'ak org yg lebih tua, lebih byk makan garam, so korg kene hormat'

apakah? ohoi two ways communication please,,,

cuma lain la dah kalau kite dh cuba tahan diri dari berlaku kurg hajar dalam bereaksi terhadap sesuatu yg kurg hajar, tp tak boleh jugak, nk buat camne, kadang2 imam pun sesak da~~~

satu lg nk ingatkan balik kat diri ak ni, dh bile org layan kita baik jangan la pulak kite ambil kesempatan, dah pak guard ni tegur kesalahan kite sambil senyum cakap dalam nada yg friendly dan happening, kita ambik kesempatang, memg carik nahas la, acane?

lagi2, tolong la buang persepsi 'ak org yg lebih tua, so korg kene hormat ak' dan 'ah die pun adab entah kemana, ini pulak mintak ak beradab dgn die, haram jadah'.

Sape2 pun, hatta org yg dh makan byk sgt garam tu ke sampai dapat darah tinggi, mahupun org yg baru nk belajar makan garam ni, kalau boleh senyum dulu, kan elok kalau cakap tu senyum, jgn tersengih-sengih dh la,
Semua ni  berbalik kepada peraturan yg Allah tetapkan dan juga sunnah nabi^^
Dh kalau kite senyum die still nk menengking macam org lain tak pernah buat salah, kalau boleh tahan dulu, dah kalau dh exceed limit kesabaran kita, ak serahkan kt korg sume nk buat ap.

hemm tu je la kot, 

ps: 
ak kene hormat org, klu nk org hormat ak
this is just my drowsy opinion uwwwah Zzzzz 
kbyetuje,

Sunday 10 March 2013

Sedih,,,Muhasabah,,, title ni je yg ad dlm fikiran.


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni ak punye jadual memg compact dh macam laptop jenama Compaq yg nk try jadi compact sampaikan ape pun tak jadi, hang aje. 

Anyway, Alhamdulillah semua dapat ak jalankan kecuali ada la sikit mistake, terlewat turun trening silat,,, huhu sorry ladies and gentleman tersilap kira2 masa.

Ap2 pun lepas habis je trening terus bukak fb browse jap ad ternampak beberapa pict yg kawan ak share agak meruntun kalbu ak,

Apa yang anda semua boleh tafsirkan based on gambar ni,,,

Bile ak tengok pict ni, ak teringat kt adik ak, ak rase die sebaya dgn adik ak, iras muka hampir same dgn adik ak yg bongsu,

kenapa die menangis?  dia dipaksa oleh sindiket tertentu ke untuk jual bunga tu ke? dia telah dilaporkan hilang ,,, 

ak pun tak tahu sama ada adik ni muslim atau bukan,,, tp ap yang penting adik adalah insan seperti kita.

arghh ak tak boleh tgk pict ni lame2,,, nangis~

Sejak akhir2 ni lepas accident tahun lepas, perasaan ak jadi lebih mudah terusik. 

Ak memg tak boleh tgk pict ataupun perkara 2  yg sedih. 

Mak cik yg tengah mop lantai kat mahallah pun boleh buat ak sebak.

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim, Kau permudahkanlah segala urusannya,  tiada apa yang ak boleh lakukan untuk membantunya selain memohon Ihsan Mu ya Allah agar dipermudahkan segala urusannya,,,

Ya Allah ak sebagai hambamu yang lemah di sisimu ini rasa sangat bersyukur di atas limpah kurnia dan nikmat yang Engkau telah berikan,
walaupun kadang2 ak lupa bahawa semua nikmat yang Engkau berikan kepada ku sebenarnya adalah ujian semata2, untuk menguji keimananku kepadamu.

Ak memohon kepadaMu agar di ampunkan segala kesalahan yang telah ak lakukan,  segala kesalahan kedua ibu bapaku, kesalahan adik2ku, kesalahan guru2ku, kesalahan rakan2ku dan kesalahan orang2 islam yang lain, ya  Ghaffar, hanya Engkau la tempat ak bermohon dan berlindung.


>>>sekadar renungan dan muhasabah diri.

***tatkala kita rase hidup kita ni terlalu susah, ingatlah dekat luar sane ada yang lebih susah daripada kita***

Thursday 28 February 2013

Pecah lgi~


Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,

Semalam berlalu dengan penuh dugaan, tapi segala apa yang berlaku tu semuanya ad hikmahnya, Cuma manusia saja yang suka menganggap nya sebagai satu bebanan,

Perghh macam nak buat teks ceramah plak,

Sebenarnya nk kongsi la sikit pasal cermin pecah,,, petang semalam on the way nk balik ke chamber singgah sekejap kat pasar malam dekat luar gate uia no2,

Sesape duk uia mesti arif bahawasanya ialah adalah ianya pada rabu malam ada pasar malam,

Haha nk dijadikan kisah ak g ni dgn rakan2 seperjuangan, so macam besela park kete dekat carpark dengan dengan pagar sebelah highway tu.

Pastu berjalan2 lah kami menuju ke gerai yg masing2 nk tuju tu,,,  

Besenye kalau ak pergi pasar malam uia ni memg takde benda len la ak nk beli, angkel bob. Memg itu je tujuan ak g.

Sampai2 a.b blum ready lg, maka berjalan lah ak bersama uti usha2 gerai len sesambil menunggu a.b tu.

Dalam hati ak cakap rasenye rakan seperjuangan yg len dh settle kot beli, maka lalulah ak ke gerai angkel bob td, ambik pesanan td.

Arakian, dh nk sampai gate uia, siti call ak tanye dh ad kt mane. Ak jawabla dh sampai gate ni nak balik,,,

Sampai je gate ak Nampak la mereka, expresi muka agak terganggu sikit, first thing Natasha kawan siti g tau ak, fiq jgn terkejut ek,,, dalam hati, ‘ah sudah’.

Ak pun terus je reply, cermin kene pecah kan?

Bingo tepat sekali tekaan ak,,, huhu. Cermin sisi kete kene pecah,,, apa lagi terus kami g pondok security kt tepi pagar tu,

Maka abg security tu pun panggil geng die dtg,,, sampai je geng die, beliau ambik gambar dari semua angle.






Kawasan ramai org lalu lalang pun kene pecah gak ke, mantap la si pelaku jenayah tu, mesti ilmu penuh di dada tu.

Usha2 dr tingkap sisi yg kene pecah tu, satu beg galas hilang kene ambik,,, seb bek tu je yg kene ambik.

Walaupun dalam tu takde laptop atau alat2 yg canggih, akan tetapi dlm beg tu byk dokumen yg sgt penting. Juga ada satu barang yang sgt berharga bg pemilik beg tersebut iaitu siti,

Rase bersalah ak,,, huuu~

Petang tu gak ak g buat report kt investigation unit. Satu lg nk cite, abg penyiasat tu baik dan peramah kot,,, pergh ak salute die la,,, so agk2 kalau korg nk buat report pape trus je g investigation unit tu.

So moral kejadian ni, jangan la tinggal ap2 dalam kete tu, sama ada beg ke atau seumpanya even plastic makanan,,

Bahawasanya ia sangat menarik minat si pelaku jenayah.

Sebelum ini ak memg selalu praktikkan kan beg sume letak kt boot, semalam je tetiba ak jadi lenient plak,,,

Tu la namenye asbab kejadian. Jadi kepada yg lain tu jadikan pengajaran ye.

Tapi takpelah segala yg berlaku tu ad hikmahnya, cume nk kene cari dan muhasabah apa hikmahnya.

Buat si pelaku jenayah tu, ak dah maafkan. Sebab kat sane nanti malas ak nk claim2, kalau boleh nk cepat settle urusan,,,

Tapi siti rakan seperjuangan ak tak tau la die dah maafkan belum,,, yg tu ak serah kt die,,, huhu

Hemm anyway ak sgt rase bersalah kat siti dan rakan2 seperjuangan yg len.

Semoga Allah memudahkan segala urusan kita semua insyaAllah.


Ps: nama yg disebut tu bukan nama sebenar tau kcuali nama
Ak dgn uti

Wednesday 6 February 2013

Servis kereta - voice out your right!

Assalamualaikum,

Story mory sy kali ni adalah berkenaan kereta. Bile dah pakai kereta semestinya kita nk jaga kereta kita kan, so salah satu cara nk jaga kete kita adalah dgn menghantarnya ke pusat servis kete. Sy adalah pengguna kereta myvi jadi semestinya saya akan hantar ke pusat servis produa yg berdekatan. Hihi.

Untuk tiga kali pertama untuk kereta produa, produa ada bagi voucher servis percuma. Servis charge je la yg percuma. Tukar barang tetap la kene bayar gak harga barang tu. Cuma tak kene servis charge la. Tapi ada perasan tak, bile kita consult dgn servis advisor, dia akan bagi tau ap yg perlu ditukar dan apa yang perlu diganti.

Perasan tak yg kita akan trus makan je nasihat yg die bagi tanpa usul periksa. Ye la kan, kete baru katenye so kene jage elok2. Sebenarnya, kita kene igt ad barang yang kita perlu tukar dan ada juga yang tidak. Besenye untuk 3 kali servis yg pertama dorg akn cakap minor servis dan kali ke empat adalah major servis. Minor servis tu adalah termasuk tukar engine oil dan oil filter la biasenye.

Major servis pulah adalah same macam minor servis, cume die akan tambah tukar gear oil, spark plug, break shoe dan lain2 yg Nampak major. Kita kene igt, barang yg ditukar kite kene bayar. Bukan murah barang tu, die claim barang original tapi kita bukan tau dia bagi original atau chicken brand. Takpun ntah2 die tukar ke tak.

So sebenarnye kalau ikutan buku manual yg produa bg, kita cume perlu tukar engine oil dgn oil filter je, bende2 lain tak perlu pun. Harge lebih kurang rm 101 je, kalau termasuk upah +-rm135.

Gear oil cume perlu tukar 40,000km skali, bukannya selepas 5,000 pertama dan 20,000 pertama. Nampak kan permainan dorg. Satu lg, spark plug, spark plug sebenarnya boleh bertahan sekurang-kurangya 50,000 km, kalau kurang dari 50,000 km maksudnya ialah adalah bahawasanya enjin kete tu ad problem. Ni semua sy rujuk kt manual guide yg produa bg mase beli kete dulu.

Kalau nk ikutkan betul2 la kan, untuk 1000, 5000, 10000, 20000 dan 30000 yang pertama kita cume perlu bayar +-rm 101 je, tak termasuk upah. Perkara2 lain kalau rujuk kt manual tu Cuma perlu periksa bukan tukar.

Satu lagi isu, pusat servis ni kadang2 pelik gak, pagi tadi sy hantar kete g  servis, sy cakap sy nk tukar engine oil dgn filter, yg lain periksa je. Alih2 mase nk bayar, tgk kt resit, rm 149 tak termasuk servis charge. Diorg memandai tambah windshield washer la, d.p gasket la, air cabin filter la, yg minor2. Nk je sy re-but balik resit tu, tp memikirkan yg partly salah sy sebab tak inform secara tepat engine oil dan filter SAHAJA yg lain jgn buat. Kn dh koyak. Lagipun barang tu dah masuk takkan nk suruh sedut kluar plak.

Anyway, silalah rujuk manual yg produa bagi tu, ad sebab kenapa produa bagi manual tu, dari situ jugak kita boleh tahu apa yg perlu ditukar, apa yang perlu tak perlu ditukar dan apa yang perlu diperiksa sahaja. Kalau tak kene sembelih la korang.

Ps: hati2 semasa memandu ingatlah orang yang tersayang. Voice out your right!

Tuesday 5 February 2013

Saya normal la~


Assalamualaikum dan selamat petang^^

Hari ni kiranya adalah hari kedua saya dalam kelas llb_s, masuk kelas nusus syar’iah je td lecturer trus buat test i’rab perghhh. Hemm. tak taulah bleh ke sy stay dalam kelas ni, my grad audit still incomplete plak, huhu, perkara ni dh dibawa ke g.o aikol. Hopefully it will settle or if not I’ve to take Arabic class again huhu. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami.

Anyway, Allah adalah sebaik-baik perancang, dan perancangan Nya adalah sebaik-baik perancang.

Sebenarnya ada something yg nak saya story mory ni, cite pasal kawin, korg yg belum kawin mesti selalu ditanye dgn soalan ni kan? Semestinya kan?

Soalan favourite atau boleh masuk dalam kategori cepu emas gak la, ble dh lame tak jumpe member atau saudara mara, dah ad gurlpren belum? Aau dah ada calon ke? Atau ate bile mika nk kawin? Atau mika bila pulak?

Kan2 bese kan? Sebab sy pun suke tanye soalan ni kt org jugak haha. Sy selalu gak dapat soalan camni, tp bila sy jawab x de atau relax la dulu, dorang reply ni plak ‘tu la ko memilih sangat~’ wat the...

Adoi2 bukan memilih la ahaha, kalau sy jawab tak rase nk kawin lg tak terima pulak. Cakap sy tak normal hahaha. Daebak. Ohoi sy normal la. Cuma skang my passion is to superbike hahaha, kt perempuan tu hemm memey ad tp superbike mengatasi haha.

Setakat ni x de perempuan atau gadis yg Berjaya mengetuk pintu kalbu saya kecuali superbike hahaha. Tp jgn la cakap sy tak normal pulak, serious ni. Sy nk kawin jugak tp macam yg sy cakap la td, tak de yg Berjaya lagi hahaha, perasan kan hahaha.

Bile ramai kawan yg dah kawin, betul la rase terikut2 pulak, tp bile fikir balik rase takut la plak, ntah ap yg ak takutkan. Mohon penjelasan hahaha

Anyway, kepada rakan2 sekalian, sahabat handai dan juga tidak lupe kepada saudara mara sy sama ada yg jauh mahupun yg dekat, rezki, jodoh dan maut semuanya telah tertulis, hanya menunggu waktu je hihi. So tak yah la nk provoke sgt haha, insya Allah bile ad yg Berjaya membuka pintu besi kalbu sy dgn kod binary yg betul, insya Allah boleh masuk haha.

Ps: kepada yg dh kahwin semoga berkekalan hingga ke syurga. Kepada yang dah nak kahwin tu semoga dipermudahkan segala urusan. hihi


Saturday 5 January 2013

Berakhir sudah, Mula la balik


Alhamdulillah, tepat pada jam 1215 pada tarikh 5/1/2013, berakhirlah sudah peperiksaan akhir semester bagi semester terakhir pengajian saya di gombak, akhirnya haha. Sampai je bilik tadi terus je kemas buku, simpan elok2 nanti boleh jadi bahan rujukan utk masa depan.

Walaupun dah takde exam lg, tak bermakne saya dah bebas, paper pun tak dapat result lg, hemm cume ye la sikit la rase freedom lepas penat setiap malam study sampai lewat, time exam je study sampai lewat malam, time takde exam jangan harap nak nampak saya study atas meja study tu hehe.

Secara keseluruhan apa yang saya nampak bagi sem ni, nampak macam konfiden sikit la, tapi tak tau lg, sebab anything can happen isn’t it. Anyway tawakkal sudah kepada yang maha empunya, maha mengetahui, maha pemurah lagi maha penyayang.

Ada sesetengah orang, bile exam habis je, ‘common guys, lets go celebrate’, pergh macam dah betul2 freedom je, hehe. Tak salah pun, biasalah nk enjoy sikit kan, bukan enjoy pun tp rasenye release tension tu,  tp ap yg penting berpandukan syariah la ye tak. Bagi saya pulak, saya enjoy jugak tapi first memg enjoy sensorg dulu i.e tido haha, pastu bru la g kuar makan ataupun balik rumah, dapat jumpe mak abah puas dah. Senang kate nk tukar environment sat.

Saya memg kene selalu igtkan diri ni, bahawa setiap pengakhiran tu sebenarnya adalah suatu permulaan. Daripada pengakhiran tu la kita dapat tahu bagaimana rupa suatu permulaan bagi suatu yang lain tu. Insya Allah kalau pengakhiran kita baik maka baik jugalah permulaannya nanti.

Tu la saya lebih suka menganggap suatu pengakhiran tu permulaan, sebab bila saya anggap ia secara lisan pengakhiran saya mungkin jadi lebih lalai. Dah saya ni memg selalu lalai, pastu bertambah lalai. Oh bahaya2. So, kalau saya anggap permulaan, maka kalau diizinkannya usaha saya tu akan berterusan dan mungkin akan lebih bertambah.

Insya Allah, kalau takde pape semester ini adalah semester terakhir saya siapkan LLB di Gombak, tp saya dah rancang nk sambung habiskan LLB_s pulak, itupun kalau UIA offer la hehe. Ku berharap dengan sepenuh2 harapan nih hihi.

Sebelum saya mengakhiri penulisan ni, ingin sekali saya mengucapkan syukur alhamdulillah di atas nikmat Allah tuhan sekalian alam memberi peluang kepada hambanya ini menuntut ilmu, jutaan terima kasih kepada keluarga saya yang banyak memberi semangat dan bantuan terutama sekali ibu bapa saya, juga kepada semua lecturer di uia kerana sudi memberi tunjuk ajar, juga tidak lupa kepada semua rakan taulan kerana kesudian mereka membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya walaupun sem ni most of the time sy lonely ranger hehe, anyway thanks utk note2 yg korg share tu. Juga kepada staff2 uia yang lain juga, saranghaeyo hihi

Jadi kepada para sahabat handai yang masih ada paper lagi, teruskan usaha anda, saya tahu memg bile dah nak dekat last2 ni, memg semangat nk study dh start goyah, tapi semangat nk freedom tu memg lg berkobar2 plak haha. Anyway gud luck. Fighting!

Thursday 3 January 2013

Part 2: Tragedi 27 April merubah siapa diri aku yang sebenarnya***

***Budi bicara pembaca sangat di perlukan kerana di dalam post ini terdapat unsur2 ngeri sikit hehe.

Sampai saje ke tepi jalan baru saya nampak orang ramai datang tolong, saya tahu saya baru terlepas dari first stage danger. Time ni la baru teringat macam2, mak, abah, kawan2, yang paling kuat dalam ingatan time tu adalah asemen yang saya bawa balik untuk disettlekan kat rumah, asemen tu penting sebab workgroup punye asemen. Ape lagi teraba-raba la dalam beg ada lagi tak file dalam tu. Alhamdulillah ada lagi. Pastu baru teringat nak call mak abah yang saya kemalangan. 

Saya ada tanya brader yang bantu saya, camne keadaan muka saya, apa yang dia cakap agak funny ‘camne bleh jadi camni bang’ nada beliau agak terketar2 huhu, pastu terus saya mintak tolong beliau call parent saya, tapi die macam tak berapa faham, la rupe2nye mulut dgn hidung keluar darah banyak. Patutla brader tu macam lost je, ye la sebab saya cakap pelat. Banyak darah kat mulut dengan hidung. Alhamdulillah, yang peliknya, dari saat first impact sampai dapat tau mulut dengan hidung penuh darah takde rase sakit langsung pun. Cume rase fenin2 lalat je la sebab berguling2 tu. Bak kate orang2 yang pandai bab2 badan, time macam ni katanye otak merembeskan adrenelin dan natural endorphin, serious memang tak sakit.

Dah puas explain no phone mak dgn abah, tiba2 ada brader lain datang cakap jom naik van saya ke hospital. Saya masih ingat lagi, dia cakap dah tak sempat ni tak payah tunggu ambulan, pergh ngeri dengar. Masuk je dalam van tu, kat blakang ada sorang lagi mangsa, orang yang saya langgar tu huhu, sy dengar brader yang tolong die cakap, budak ni  macam dh tak sedar. Ah sudah, sy dah langgar org sampai mati ke? Huhu

Dalam van, driver van tu cakap kat saya, sikit lagi dah nak sampai ni. Beliau menghantar kami ke hospital tanjung karang. Segala zikir beliau baca, cuba bercakap dengan saya, ye la die pun cuak tengok darah banyak keluar dari hidung dengan mulut saya. Dia pun takut kalau2 saya meninggal dalam van dia tak sempat sampai hospital. Hemm takpe saya faham perasaan abang tu. Dah nak sampai ke hospital tu, kami berselisih dgn ambulan. Hihi memang lambat  ambulan ni keluar.

Dalam pada tu sempat lagi saya fikir, alamak internal injury ke aku ni, ah sudah, berserah sudah. Akhirnya sampai juga ke hospital tanjung karang. Terus je masuk dalam icu. Sesampai je dalam icu, staff nurse kt situ suruh baring tapi tak boleh nak baring sebab bile baring je, darah tertelan. Duduk je la dengan kaki melunjur, besen jadi tempat tadah darah yang keluar. 

Sambil2 tu staff2 nurse tu tanye la detail2, sesape yg boleh dihubungi, saya pun bagi la phone tunjuk no mak abah. Baju dorg suruh bukak, sebab nak tengok mane tau ada apa2 injury kat badan. Yg ad cume calar sikit. Pastu diorang bagi injection anti kancing gigi, mane2 yang calar tu mereka cuci, pastu sapu dgn ubat kuning, perghh h yg tu tak boleh tahan, elok2 takde rase pape terus je terasa bile dorg apply ubat kuning tu huhuhu. Pastu die cucuk untuk iv drip, yg ni pun sakit, mane taknye cucuk mencari urat. Huhu.

Dalam hati tu rase nak tengok muka, tapi tak berani nak mintak dorang bagi cermin. Pak cik yang duduk kt tanjung karang sampai dulu kt icu, sebab mak abah informv die dulu untuk tengok  saya kt icu. Pastu selang dalam 30 minit baru mak abah sampai. Time tu memang tak tipu la saya menangis sebenrnya tp, disebabkan muka yg bengkak tu air mata tak kuar. Hemm.

Abah rasenye yang tak boleh tengok lama2, sebb die tak boleh tahan sedih sangat. Jadi yang tunggu saya kt icu mak, sesekali abah ada masuk juga. Sebak rase kat hati ni huhu.

Sebelum saya kene transfer ke hospital sungai buloh, saya di bawa untuk xray, muka dengan bahagian dada. Resultnya, doctor cakap muka saya fractured into several pieces. Pastu die cakap lagi, soft palate saya pun pecah jugak, senang kata tengkorak muka patah, mostly rahang atas, pipi, hidung, eye socket dan juga langit2 terbelah, tu yang darah banyak kuar dari mulut dgn hidung tu.

Nak bagi stop darah yang keluar, doctor just sumbat je hidung dengan kapas sedalam-dalamnye, nasib baik tak rase pape sebab tengah kebas. Org yang saya langgar tu kat sebelah katil saye je, yang saya sedih tak tahan tu dia meraung kat sebelah, saya pun tanye la mak, kenapa, mak cakap peha dia patah, hemm memg patut la sakit teramat, huhu

Dalam pukul 12 tengah malam tu ambulan datang bawa orang yang saya langgar ke hospital sungai buloh. Saya dihantar lambat sikit sebab ambulan takde. Dalam 30 minit pastu baru la ada ambulan. Sebelum pergi, saya minta nak  buang air, tapi sebenarnya intention saya adalah nak tengok kondisi muka, herrk ngeri, muka biru bengkak. Hemm patutla brader tu terkejut.

Mak ikut saya pergi ke hospital sungai buloh naik ambulan, abah dengan adik balik rumah. Dekat dalam ambulan baru saya perasan ambulan yang saya naik tu ambulan buruk. Hehe takpe la yang penting sampai, kat dalam tu saya ada dengar nurse lelaki tu cakap, ‘nape bawak van ni, van ni kan bleh g 80kmj je’ hahaha pandai dorg buat lawak, dengan kondisi van ambulan tu yg melambung2, akhirnya saya muntah jugak huhu.

Akhirnya dalam pukul 1.30 pagi sampai juga ke hospital sungai buloh dengan selamat.

Sesampainye di hospital sungai buloh,  nurse lelaki tu bawa saya terus ke bilik ct scan, sejuk semacam je bile dah keluar dr ambulan. Maybe sebab darah dah banyak keluar kot. Lepas je scan, mereka bawa saya ke wad icu. Dorang cakap mak tak boleh ikut sekali, sebab dorang takut mak nanti jd emotional sebab dorang nak start buat treatment, takut2 la saya mengerang ke apa, herrk ngeri dengar statement nurse tu.

Akhirnya dapat juga relax lepas kene usung sane sini, duduk separa baring atas katil sambil menunggu proses berikutnya. Tak lama lepas tu seorang doctor datang. Kalau tak silap nama doctor tu doctor GK. Macam2 gak la die tanye, seb bek saya boleh replay sikit2, ye la sebab tak rase sakit bleh la reply sikit. Udah kalau sakit mane maunya saya nak reply. Bila die tau saya student uia die ajaknye speaking dengan saya, alelelele. Rojak la saya reply, state of mind tak menentu kan time tu, apa pun tak boleh.

Lepas die buat inspection kat badan saya termasuk kecederaan saya, mula2 die terangkan prosedur yang akan die buat berikutnya. Yang ni memang saya takut, serious takut. Die kate nk buat operation terus tak boleh sebab muka masih bengkak. Buat mase tu apa yang die boleh buat ialah jahit balik langit2 yang terbelah tu dengan ikat balik gigi yang jarang tu.

Perghh meremang roma dengar tu. Saya tanye die balik, bius tak? Die cakap tak yah bius pun boleh. Nasib baik die pandai buat lawak sikit. Die cakap kalau tak jahit balik langit2 tu darah memg akan terus keluar. Yang tang hidung kuar darah tu memg die tak leh buat, kene tunggu darah berhenti sendiri, sebab yang injured tu saraf hidung.

Pastu tu, start la dorang buat preparation untuk jahit balik langit2 tu. Bismillah saya bace, doctor pun start titis sikit ubat bius tu kt langit2, tetiba mengalir ke tekak plak, kerrr pahit ya amat. Nak termuntah dibuatnye. Doctor cakap tahan sikit ye dik, hemm baik doctor memang saya tengah tahan ni hihi. Pastu maka bermula acara membius langit2 saya.

Ahah saat terbenamnye jarum bius yang pertama tu ke langit2 saya baru terase sakit, huhu, tak tipu bius memang sakit. Tapi lepas tu yang kedua dan seterusnya dah takde rase la. Entah berapa kali kene bius tak tahu la. Sebab dh kebas dek yang pertama tu. Hemm tabah gak aku ni haha.

Tengah dia menjahit tu dia tengok belahan langit2 saya ni panjang jugak la, dah nak sampai tekak. Alololo nape la doctor ni g tau kat saya yang tengah cuak ni. Perghh memang letih menganga mulut seluas-luasnya. Banyak kali gak la rehat. Tak tahan buka mulut lame2. Doctor tu pun penat jugak nak focus dalam mulut saya yang kecil ni.

Siap je jahit, doctor cakap nk ikat gigi kacip depan yang jarang tu. Gigi tu jadi jarang sebab impact jatuh dan juga langit2 yang terbelah tu. Saya tanye lagi kene bius lagi ke. Die reply, kalau boleh tahan takpe. Oh orite, kasi bius doctor haha. Skali lagi jarum pertama bius membenam gusi atas saya. Errrkkk saya menahan dalam erangan haha. Sakitttt... tapi nasib baik yang kedua dan seterusnya berkurang.

Cara nak ikat gigi ni pun ngeri juga. Gune aluminium wire dengan special bracers. Wire tu masuk celah antara gigi sebab nak ikat bracers tu. Nak bagi rapat doctor suruh nurse lelaki yang assist tu tekan pipi saya kedalam guna tapak tangan. Risau je tambah patah rahang saya tu. Huhu. Akhirnya siap ikat gigi saya atas bawah. Maka berakhirlah treatment saya pagi tu. Kalau tak silap doctor tu start buat treatment pukul 2.30 pagi siap dalam pukul 4.30 pagi. memang tabah kerja sebagai doctor dan nurse ni. I salute u olls.

Tapinye lepas treatment tu saya tak boleh naik wad biasa lagi, sebab baru lepas treatment kan. Doctor nak pantau sat. Maka baringla saya kat icu. Tekak rase kering je lepas treatment.  Mintak air dari nurse, tapi nurse tak bagi sebab still freshly after treatment takut affect jahitan. Doctor cakap kene biar dulu kejap je. Tunggu la jugak. Akhirnya dalam pukul 6.30 pagi barula doctor tadi bag i permission naik wad bese. Time ni baru la jumpe mak balik huhu.

On the way naik wad tu try la pujuk doctor tu baga air hehe, tapi doctor tu senyum je. Hemm orite faham dah. Dah nak sampai wad tu nurse wad tingkat 7 plak yang sambut, ahh hilang sat dahaga hihi. Lawa haha. Dah kat dalam wad tu beberape ketika akhirnya doctor bagi minum. Alhamdulillah lega tekak.

Sebenarnye saya kesian tengok mak, sebab kene tunggu saya. Huhu, saya suruh mak tidur tapi mak cakap takpe. Huhu. Saya memang dari start masuk icu tanjung karang tu memang tak boleh tidur, maybe sebab badan still terkejut. Blindly stares la kt dinding. Nurse datang tukar iv bag, inject ubat dan lain2 la. Sembang2 sikit dengan mak. Huhu terima kasih emak sebab teman saya.

Dalam pukul 9.30 tetiba saya ada pelawat pulak, first one datang, kawan saya Mamut dengan tunangnye. Huhu terharu saye. Saya tanya acane boleh tahu ni. Dia cakap macam mana tak tahu nye, malam tadi dah spread rumors masa time majlis kt rumah kawan yang lain Memey. Hemm baru saya teringat, maybe sebab malam tadi saya suruh adik saya call salah seorang group membe aseman saya, suruh inform saya kene pulangkan balik asemen yang saya bawa balik, sebab saya tak dapat buat. Huhu. Maybe adik saya call sorang pastu rumors spread to everyone.



pagi selepas saya dibenarkan masuk wad

muka memang bloated habis, saya sedar sebenarnye sekarang ni
tapi disebabkn mata bengkak tu yang tertutup je.
kalau boleh buka pun sekejap je. penat nak buka mata.
keadaan gigi saya
hari kedua, dalam hidung tu sebenarnya doctor sumbat kapas
tapi darah  still mengalir, asal bercakap sikit je darah
mengalir. mata kanan pun dah start boleh bukak lame sikit
mata kiri still tak boleh buka lagi.

Mamut dan kawan2 yang lain serta adik2 saya pun banyak tolong saya sepanjang saya di dalam wad, uruskan special exam untuk saya, inform kulliyyah, inform klinik uia, inform lecturer. Huhu terima kasih my beloved family and friends, nothing can replace all your good deeds except my du’a that Allah will reward your good deed with anything that would benefit you in this world and hereafter. Lebih2 lagi semoga semua grad sebab time tu dorang dah final sem.  

sebahagian rakan2 saya dr PSSCUHIIUM
rakan2 AIKOL, ramai lagi yang datang tapi phone saya rosak tak boleh nak ambik gambar
ni pun ikhsan phone mak saya.
anyway terima kasih sebab sudi dtg melawat
terharu rupenye ada orang yang sayang saya hihi.

Ramai kawan2 dan juga saudara mara yang datang melawat saya di hospital, terima kasih kerana memberi dorongan dan sokongan moral. Love U Olls.

Sepanjang saya kat wad, macam2 rawatan saya buat, ct scan, mri scan, xray, mata, mulut. Doctor takut ada bleeding kat otak sebab type of injury, facial and head injury. 3 hari yang pertama saya tak dibenarkan turun dari katil, doctor takut ada injury kat leher. Neuro expert tak benarkan saya berjalan. Sebab result still tak dapat lagi. Buang air pun kat katil la. Nasib bek yang kecik je. Dalam bekas ye jangan nak macam2. Besar takde rase sebab cume minum air soya je. Solid food macam bubur tak bleh masuk sebab tau la kan langit2 berjahit. Takde selera. 10kg gak turun, dr 75-65.

Seminggu lepas tu baru doctor benarkan saya balik, sebelum doctor benarkan saya balik, doctor buat checkup balik mulut saya. Dia cakap hemm ni nak kene ikat lagi ni gigi awak ni. Kali ni atas bawah, sebab kalau tak tak dapat balik nanti gigitan awak. Bius lg...\o/ T.T kali ni memang saya tak boleh bukak mulut langsung. Terkatup la mulut saya selama dua minggu doctor bagi tempoh masa. Memang bosan duduk kat wad ni hehe, naseb baik saya boleh berjalan-jalan. Kaki dengan tangan takde pape.

Doctor benarkan saya balik sebab bengkak muka saya still tak surut lagi. Kalau dah surut baru set date utk operation nk cantumkan balik tulang muka yang dah patah tu.

Sepanjang saya berada di wad almost of the time mak yang teman saya, setiap petang abah akan datang  bawa persalinan untuk emak. I love u emak n abah. I can never said this with my mouth, i don't have that guts enough. Huhuhu. Tapi sampai bile T.T tapi saya berazam saya takkan sebut those three word to any girl until i said it fisrt to my parent.

Sambung balik, akhirnya sampai la date untuk operation. Sehari sebelum date operation tu saya kene admitted dalam wad dulu. Puasa kat wad. Cuma kali ni adik saya pulak yang jaga saye. Sehari sebelum operation doctor yang incharge untuk anestasy datang interview saya. Tanye berat dengan tinggi. Sign agreement untuk blood transfusion. Dah terasa dah debaran operation tu.

Operation saya kalau ikut jadual sebelah pagi, tapi disebabkan ada emergency case jadi ditangguhkan sampai tengah hari. Dari pagi lagi lepas subuh dah suruh saya pakai baju untuk operation. Pergh cuak kot tunggu. Akhirnya dalam pukul 12 tengah hari, nurse datang bawak katil yang boleh tolak tu, sekali budak practical la,,, ahaha hilang jap cuak operation tu, pandai doctor2 ni.

Maka saya pun naik la atas katil sambil pakai cap operation yang warna hijau tu, huhu. Maka diorang pun usungla saya ke bilik operation. Sebelum saya masuk ke operation room, saya ditempatkan di ruang menunggu jap. Perasaan time tu memang tuhan je la yang tahu. Ada dalam setengah jam kot baru saya dibawa masuk ke operation room. First time masuk ni. Perrgh memang ngeri tengok peralatan yang ada dalam tu. Saya pun pindah ke katil operation.

Dan2 time tu la rase nak buang air kecik plak. Ah sudah dari tadi takde rase plak, ni sebab takut sangat kot haha. P la buang sat. Dalam bekas lagi, adoyai malunye saya. Huhu. Pastu doctor pun mula start pasang alat kat dada saya, tekup mulut dengan topeng gas sambil pakar bius inject bius through iv drip, tang inject ubat bius tu yang sakit, macam kene sengat, mula mengerang aaarrgh aaargh pastu saya dah tak ingat pape dah selepas tu sampai la doctor kejutkan saya mase kat luar bilik operation. Saya ingat lagi, dalam mamai saya mintak pen dengan kertas kat nurse, tak silap saya tulis ‘its pretty hurt though’ rasenye tu sequel mimpi saya. Haha sebab time tido tu saya mimpi bersembang dengan membe saya haha lawak2.

Masa time saya diusung naik balik ke wad, baru saya tahu, oh saya dah lepas operation rupenye. Tapi saya masih mamai lagi, kesan dari anestatik yg doctor bagi masih ada lagi. Sampai je wad kalau tak silap saya terus tido sampai la esok pagi. Tapi sebelum saya tido tu saya perasan mak dengan abah ada datang ke wad. Malam tu adik lelaki saya la yang temankan saya. Esok paginya baru saya rase baru betul2 sedar.  Hemm memang power ubat tido yang doctor bagi tu. Tiga hari gak saya duduk kat wad kalau tak silap.
dah macam mayat kan ^^, yg ni lepas operation
petang kalau tak silap.


Hari terakhir saya duduk wad doctor panggil balik saya die bagitau nak ikat balik gigi saya macam yang sebelum operation. Saya perasan lepas je operation gigi saya dah betul2 rapat, ikatan yang kat gigi pun dah kemas. Cuma tak diikat atas bawah la. Yang doctor nak buat sebelum saya balik tu nak ikat balik atas bawah. Tapi nasib bek doctor cakap cume ikat dengan getah je. So mulut saya boleh bukak sikit je la. Limited. Satu jari pun tak lepas. Sepanjang sebulan lepas operation saya memang tak boleh senyum lebih sebab bile senyum je gigi saya akan bermandikan darah. Haha sebab jahitan kat dalam mulut still belum fully recovered. Doctor operate tanam titanium ikut dalam mulut, tu yang dorang belah mulut saya dari dalam tu.

Doctor bagi masa dalam bulan 6 kot baru saya boleh bukak getah tu. Tapi bracers tu masih ada lagi kat gigi. Sampai la saya masuk ambik shortsem kat uia. Hemm bulan tujuh baru bukak semua bracers gigi tu. Process nak bukak pun sakit juga, berdarah2 gusi dibuatnye. Tapi bile dah bukak rase freedom!!!!

Alhamdulillah dalam bulan 10 doctor estimate tulang pipi saya akan recover dari injury tu. Dia cakap saya dah boleh main bola balik hehe.

Pengalaman ni banyak mengajar saya erti kasih sayang, hormat-menghormati, bersyukur dan budi pekerti yang lain.  Saya juga perasan semenjak selepas kemalangan ni, saya lebih sentimental dan mudah mengalirkan air mata. Hemm banyak jugak la perubahan yang berlaku kepada diri saya.

Saya juga rasa sangat bersyukur sebab ada emak dan abah yang sangat perihatin, penat lelah mereka menghantar saya ke sana kemari untuk berubat, membeli segala macam ubat. Masa dan wang yang mereka korbankan untuk kesihatan saya. Semua tu tak terbalas oleh saya. Saya berjanji dengan diri saya bahawa nanti saya kena jaga mereka sebagai mana mereka jaga saya dan semoga Allah dapat membalas segala jasa baik mereka dengan segala kebaikan dan kedudukan. Juga tidak lupa kepada adik2 saya yang banyak membantu saya ketika saya sakit.

Juga kepada para sahabat saya yang telah banyak membantu saya, memberi sokongan moral. Ikhlas ucapan jutaan Terima kasih saya ucapkan, tak mampu saya untuk membalas budi kalian semua. Hanya doa yang mampu saya sampaikan.

Syukur yang tidak terhingga kehadrat ilahi tuhan sekalian alam, yang maha pemurah lagi maha penyayang, yang maha pemberi dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambanya. Antara salah satu cara saya menzahirkan rase syukur saya adalah dengan membantu rakan2 saya yang lain mahupun orang lain yang memerlukan bantuan dengan seikhlas hati. Allahhu rabbi.

Pesanan untuk diri saya dan juga yang lain2, segala apa yang kita nak buat, sentiasalah bersedia, tak kira apa jua, sebab apa yang hampir sekali dengan kita, ialah mati. ^^,

Sekian terima kasih kerana membaca.

Thats it, my name is tawfiq and that is my story.