Thursday 20 December 2012

Common sense

Disclaimer: karangan, luahan mahupun nukilan ini tidak berniat untuk mengguris hati mane2 pihak, walaupun memg ad yg akan trase, dan ianya juga tidak ada kene-mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, ianya hanya berbentuk nasihat, pemerhatian dan juga pengalaman yang tak seberapa yang mungkin boleh dijadikan contoh. sekian.

sebenarnye dah lama gak saya perati masyarakat di sekeliling saya, sambil2 tu saya pun perati gak diri saya ni, dan saya tau masyarakat di sekeliling saya pun perati saya gak.

banyak perkara yg kadang2 remeh tapi yg remeh tu la kadang2 saaaaangat penting. dalam kapasiti pena'kulan saya ni, bile bende remeh pun mereka pandang enteng apatah lagi benda yg berat keperluannya untuk dilaksanakan dan macam mane pulak tuntutan yang wajib. ape pun tak boleh.

saya pilih tajuk common sense kali ni sebenarnya nak meluahkan perasaan saya dan juga mungkin boleh menjadi satu trigger terhadap masyarakat sekeliling tahu betapa pentingnya common sense ni dalam kehidupan seharian kite semua.

kalau ikut definasi kamus2 barat, common sense ini adalah "natural ability to make judgement and behave sensibly" di mana apabila ditransilasikan akan membawa maksud keupayaan semulajadi manusia untuk membuat keputusan dan juga tindakan yang wajar.

kalau mengikut pemahaman definasi saya pula, common sense jika ditransilasikan secara terus bermaksud kewajaran. saya memilih perkataan kewajaran kerana kewajaran adalah lebih bersifat umum. dimana ia adalah sesuai unuk diguna pakai dimana2 sahaja.

sebagai contoh, parking kereta. kebanyakan parking kereta mempunyai kotak2 parking yang telah disediakan. jadi umumnya kita sewajarnya meletak kereta kita di ruang yang telah disediakan, tp bile menjadi tak wajar apabila kite meletak kereta kita sampai makan dua kotak parking.

begitu juga ruang parking yg dihkaskan untuk kereta tetapi ad moto parking kat situ, vice versa. nampak sgt ketakwajarannya.

contoh lain seperti berjalan kaki di atas jalan raya, tak salah pun nk jalan kaki, tapi make sure di tepi jalan jangan di atas jalan, perkara ni sangat menyusahkan pengguna kereta dan kenderaan lain, nk kene mengelak la, ape pun tak boleh, kalau kene hon marah plak, sape yg patut marah ni.

tu baru sedikit contoh dar kategori jalan raye. hmm banyak lagi la contoh2 lain dari kategori yang lain haha. rase macam malas la plak nk taip kat sini.

yang penting sume benda ni simple je, cume bende yang simple camni la org selalu ambik kesempatan yg mana kita sebenarnye perlu di bayar dgn harga yang tinggi. bukan dengan wang ringgit, tp you know. hmm

oh orite pesanan terakhir terhadap diri saye dan juge pembace sekalian, apa2 pun balik la semula kepada ajaran islam, kalau kita ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang, saya percaya issue lack of common sense ni tak kan berlaku insya Allah. lagi2 x yah la selfish sgt, critical thinking, creativity sume kriteria la kene ada utk evaluate byk bende. x pe slow2 improve, tp jgn la gune alasan 'ala dah terbiase la', 'ala sekejap je pun'. except for emergency ok.

ok thats it. jadi kurangkan kontroversi, elakkan provokasi, insya Allah selamat diri

No comments:

Post a Comment