Wednesday 29 July 2015

#Kisah 1 : Poligami; Isteri Pertama Abai, (Cerita Sebelah Pihak)

Saya kongsikan kisah ini adalah untuk diambil pengajarannya sekiranya ada. Kisah yang saya dapat daripada seorang lelaki (pakcik) di pertengahan umur. Tujuan dia adalah untuk mengambil borang kebenaran untuk berpoligami daripada mahkamah syariah. Seperti biasa, telah menjadi sebahagian tugas saya untuk memberi sedikit penerangan bagaimana untuk mengisi borang tersebut walaupun borang tersebut jelas lengkap dan mudah untuk diisi.

Telah menjadi kebiasaan juga, setiap yang datang tu pasti ada cerita yang ingin diluahkan atau dikongsikan.

Pakcik tu pun ceritalah kenapa dia ingin berkahwin satu lagi. Dakwanya sudah hampir setahun dia dan juga isteri dia tidak bertegur sapa, walaupun tinggal sebumbung. Dia juga merasakan bahawa diri dia ibarat menumpang di rumah tersebut, walhal mereka masih suami isteri.

 Pak cik tu cerita, sampaikan anak-anak dia pun macam nak tak nak je bertegur sapa dengan dia. Sampai dia givap sekiranya bila anak-anak semua dah Berjaya dan dah kaya-raya, kalaupun tak nak jaga dia, pesan dia pada anak-anak ialah letakkan dia di rumah jagaan orang tua.

Pak cik tu pun tak tahu apa punca sampai isteri dia jadi macam tu. Mungkin katanya, apa yang dia sediakan tak cukup. Pakcik tu cakap adik beradik isteri dia orang yang hebat-hebat, gaji besar. Mungkin la kot. Pakcik tu buat dua kerja untuk menyara isteri dan anak-anak yang tengah belajar. Dua orang di university dan seorang di sekolah menengah. Kerja kilang dari jam 8 sampai jam 7 petang. Kemudian bersiap untuk terus ke kerja di pasar uptown, balik jam lebih kurang 3 pagi.

Perbelanjaan anak-anak yang berada di universiti RM 600 seorang, dan yang di sekolah menengah lagi. Hemmm.

Isteri dia pun bekerja jugakla sebagai pengasuh dengan pendapatan RM 1000. Tapi takkan disebabkan itu sampai boleh jadi tak bertegur sampai setahun. Yela mungkin disebabkan die terpaksa bekerja, dia pun pandang rendah pakcik tu. Entahla.

Pakcik tu pun cakap die die pun mana boleh tahan lama-lama kalau isteri die pun taknak layan, kat mana lagi die lepaskan, huuu.. betul juga apa yang pakcik tu cakap. Tapi tula mesti ada punca yang lain atau isu yang menyebabkan perkara tu berlaku. Kalau saya buat siasatan memang akan jumpa. Cumanya pak cik ni taknak cerita dalam-dalam tadi.

Kalau isteri die hadir sekali memang semuanya akan terbongkar luar dalam. Lagipun apa yang saya dengar dalah daripada sebelah pihak sahaja. Cumanya sedikit sebanyak daripada serita pakcik ni boleh la kita ambik la pengajarannya.

Saya pun tak tahu la dengan permohonan dia untuk dapatkan kebenaran mahkamah untuk berpoligami, lulus atau tidak. Kalau dinilai daripada cerita dia dan isu berkenaan wali bakal isteri kedua dia hemm. Dia pun ada bertanyakan apa kesan-kesan kalau dia nikah di sempadan.
Apa-apa pun, apa yang boleh saya doakan adalah yang terbaik sahaja.

*masa awal perkahwinan semuanya manis dan indah belaka
*berjanji susah senang bersama

*manusia berubah

Thursday 18 June 2015

Ujian & Hikmah


Setiap hamba sememangnya akan diuji
Ujian yang datang dalam bentuk pelbagai
Ujian dalam kesenangan
Ujian dalam kepayahan
Ujian dalam ujian 

Itu semua untuk menguji fitrah hambanya
Yang berjaya akan merasa manis cintaNya

Hikmah seiring mengapit ujian
Bagi yang berjaya merungkai persoalan ujian
Hikmah menjadi pengubat mahupun ganjaran
Carilah hikmah di dalam ujian
Kerana Dia tidak menghantar ujian tanpa panduan
Dia sentiasa menanti permohonan pertolongan
Dia tidak rugi dengan sebab lalai atau putus asa hambanya

Carilah hikmah
Hikmahnya sungguh indah.

Aku rasa aku dah temui hikmah ujian itu.
Hikmah yang aku jumpa memberi ketenangan
Memberi kebebasan
Membuka pintu-pintu dunia dan akhirat
Terima Kasih di atas doa yang dikirimkan
Maaf sudah lama aku utuskan
Doa juga aku sampaikan 
Agar ketemu apa yang di citakan
Semoga ketenangan akal dan jiwa menjadi tapak batu loncatan.

Best of luck on your future endeavour.