Monday 31 December 2012

Tragedi 27 April merubah siapa diri aku yang sebenarnya


Dalam banyak2 kemalangan yang pernah saya lalui, yang terakhir inilah yang agak teruk sebab sampai kene admit hospital. Sebelum ni setakat jatuh sendiri naik moto itu calar sikit je, tak perlu pun sampai ke hospital. Sapu gamat settle. Tapi kali ni memang kene admit hospital juga huhu, sebab kecederaan yang saya alami memang agak severe.

Nak dijadikan cerita sikit, kejadian itu berlaku pada 27hb april 2012. Tapi sehari sebelum kejadian itu iaitu hari khamis, saya ada ke mahkamah syariah sabak bernam dengan kawan, nak buat kerja sikit kat siitu. Petang itu juga balik semula ke uia. Tapi sebelum balik itu singgah dulu rumah pak cik, jumpa la dengan Emak Abah and my pak cik and Emak cik saya.

Sudah jadi kebiasaan saya untuk balik setiap minggu, jadi pada hari jumaat, iaitu pada hari kejadian, selepas maghrib saya bertolak pulang ke kampung dengan motosikal. Takde rase apa-apa pun time bawa moto tu, cuma ada la sikit rasa lapar, memang sudah menjadi kebiasaan bila sampai rumah baru makan puas-puas.

Cuaca malam itu juga gelap, bintang pun tak berapa nak nampak, maybe sebab awan yang banyak menyelubungi langit malam. Sesampainye di tanjung karang kalau tak silap, ada satu kemalangan yang melibatkan sebuah kereta, sepertinya masuk longkang, time tengah ride itu fikir dalam hati ‘ah ade roadblock pula’, tapi takde la cuak pun sebab sebelum ni semua roadblock dapat diredah dengan tenang haha.

Lepas saje dari lokasi kejadian kemalangan itu ada dua moto follow saya, saya fikir takpelah ada juga membe, takde la lonely sangat ride memalam camni. So, saya pun ride la lane sebelah kiri lane slow, sebab belakang ada org follow, tak payah nak provoke sangat kan, nanti dia ingat kite nak race dengan dia pula.

Tengah2 ride tiba-tiba je muncul kelibat moto kat depan tanpa disedari, apa lagi BAAAAM!, superman plus guling-guling macam tenggiling. Lokasi kejadian ni di Parit 3 Sungai Burong Sekinchan.

Seingat saya anggota pertama yang touch jalan adalah muka diikuti bahu kiri dan seterusnya saya gulingkan terus badan. First impact kat muka itu buat saya jadi buta dan pekak sekejap, sebab impact yang juga kuat kat bahagian kepala. Alhamdulillah helmet yang saya pakai tak tercabut, jadi bahagian tengkorak kepala terselamat.

Muka pun terselamat juga, takde calar2 sebab visor helmet yang saya pakai flexible jadi tak pecah so visor itu dgn izin Allah protect muka. Lepas je first impact visor terus tertanggal dari helmet.

Mase time berguling-guling, mase memang terasa macam lama, perkara yang ada di dalam fikiran saya masa itu cuma, kalau dah rezki saya sampai sini, saya redha ya Allah, saya lepaskan segala2nya yang saya ada kat dunia ini, walaupun saya tahu amalan saya still tak cukup ditambah dgn dosa2, huhu, memang itu yang ada dalam fikiran saya selepas first impact dan semasa berguling2.

Bile dah berhenti berguling itu, saya rasa memang sesak nafas sebab impact jatuh. Time itu mata masih buta tak nampak apa2, tapi slow2 saya boleh dengar balik. Baru saya sedar saya jatuh kat tengah jalan, dekat fast lane, saya dapat dengar bunyi hon kereta yang mengelak saya.

Sekali lagi saya tawakkal je kalau dah memg rezki saya meninggal dunia dilanggar kereta saya redha. Dalam pada saya tawakkal itu, saya cuba bangun nak selamatkan diri sedaya upaya, tapi disebabkan mata saya still tak boleh nampak, saya duduk balik. Saya tunggu dalam beberapa saat, cuba untuk buka mata, akhirnya mata sebelah kanan saya nampak samar2 cahaya. Benda pertama yang saya nampak adalah line slowlane dan rumput tepi jalan, dengan berbekalkan semangat yang tinggal itu la saya bangun berjalan ke tepi sambil membawa bag galas saya yang masih tersangkut di bahu sebelah kiri sebab galas sebelah kanan dah koyak. 


to be continued...

dh nganituk la plak nk teruskan huhu

Thursday 20 December 2012

Common sense

Disclaimer: karangan, luahan mahupun nukilan ini tidak berniat untuk mengguris hati mane2 pihak, walaupun memg ad yg akan trase, dan ianya juga tidak ada kene-mengena dengan sesiapa yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, ianya hanya berbentuk nasihat, pemerhatian dan juga pengalaman yang tak seberapa yang mungkin boleh dijadikan contoh. sekian.

sebenarnye dah lama gak saya perati masyarakat di sekeliling saya, sambil2 tu saya pun perati gak diri saya ni, dan saya tau masyarakat di sekeliling saya pun perati saya gak.

banyak perkara yg kadang2 remeh tapi yg remeh tu la kadang2 saaaaangat penting. dalam kapasiti pena'kulan saya ni, bile bende remeh pun mereka pandang enteng apatah lagi benda yg berat keperluannya untuk dilaksanakan dan macam mane pulak tuntutan yang wajib. ape pun tak boleh.

saya pilih tajuk common sense kali ni sebenarnya nak meluahkan perasaan saya dan juga mungkin boleh menjadi satu trigger terhadap masyarakat sekeliling tahu betapa pentingnya common sense ni dalam kehidupan seharian kite semua.

kalau ikut definasi kamus2 barat, common sense ini adalah "natural ability to make judgement and behave sensibly" di mana apabila ditransilasikan akan membawa maksud keupayaan semulajadi manusia untuk membuat keputusan dan juga tindakan yang wajar.

kalau mengikut pemahaman definasi saya pula, common sense jika ditransilasikan secara terus bermaksud kewajaran. saya memilih perkataan kewajaran kerana kewajaran adalah lebih bersifat umum. dimana ia adalah sesuai unuk diguna pakai dimana2 sahaja.

sebagai contoh, parking kereta. kebanyakan parking kereta mempunyai kotak2 parking yang telah disediakan. jadi umumnya kita sewajarnya meletak kereta kita di ruang yang telah disediakan, tp bile menjadi tak wajar apabila kite meletak kereta kita sampai makan dua kotak parking.

begitu juga ruang parking yg dihkaskan untuk kereta tetapi ad moto parking kat situ, vice versa. nampak sgt ketakwajarannya.

contoh lain seperti berjalan kaki di atas jalan raya, tak salah pun nk jalan kaki, tapi make sure di tepi jalan jangan di atas jalan, perkara ni sangat menyusahkan pengguna kereta dan kenderaan lain, nk kene mengelak la, ape pun tak boleh, kalau kene hon marah plak, sape yg patut marah ni.

tu baru sedikit contoh dar kategori jalan raye. hmm banyak lagi la contoh2 lain dari kategori yang lain haha. rase macam malas la plak nk taip kat sini.

yang penting sume benda ni simple je, cume bende yang simple camni la org selalu ambik kesempatan yg mana kita sebenarnye perlu di bayar dgn harga yang tinggi. bukan dengan wang ringgit, tp you know. hmm

oh orite pesanan terakhir terhadap diri saye dan juge pembace sekalian, apa2 pun balik la semula kepada ajaran islam, kalau kita ikut apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang, saya percaya issue lack of common sense ni tak kan berlaku insya Allah. lagi2 x yah la selfish sgt, critical thinking, creativity sume kriteria la kene ada utk evaluate byk bende. x pe slow2 improve, tp jgn la gune alasan 'ala dah terbiase la', 'ala sekejap je pun'. except for emergency ok.

ok thats it. jadi kurangkan kontroversi, elakkan provokasi, insya Allah selamat diri