Wednesday 14 November 2012

New chapter or just continuance of the previous

Sempena kemasukan tahun baru hijrah 1434, saya ingin mengambil kesempatan yang ada ini untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru hijrah, semoga amalan kita semua sebelum ini diterima oleh Allah tuhan sekelian alam dan juga semoga dosa-dosa kita pada tahun sebelum ini mendapat pengampunan daripadaNya yang maha pengampun lagi maha penyayang.

Jadi sebelum saya mula untuk masuk sesi perah otak bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh cikgu2, eloklah sekiranya saya meluahkan apa yang terdetik di hati saya ketika masuknya tahun baru hijrah.

Kita semua sudah maklum tentang sejarah penghijrahan nabi Muhammad s.a.w bersama orang mukmin dari kota mekah ke madinah, jadi tak perlu la rasenye saya ulang di sini, pada siapa yang masih tak berapa jelas tentang sejarah tersebut silalah buka tab baru googlekan je.

Tatkala saya membaca doa akhir tahun dan juga awal tahun di dalam bahasa arab feeling dalan hati saya tak berapa dalam sangat, tetapi bila saya baca terjemahan doa tersebut, tersentak, sebak, takut dan juga berasa amat bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada saya sepanjang kehidupan saya pada tahun lepas. 

Banyak perkara yang muncul dalam mainan fikiran saya, apa yang telah saya buat? cukupkah ibadah saya? berbaloikah? Kadang2 bile saya dah lama tak sakit atau demam, saya akan terfikir salah apa yang telah saya lakukan. Begitu juga apabila saya demam atau diberi ujian, dalam kotak fikiran saya, ni mesti ada something wrong yang dah saya buat.

Tidak kira la rezki, ujian ataupun cabaran, bagi saya semua tu menjadi tanda bahawa Allah masih sayang kat saya, cuma kekadang kita semua terutamanya diri saya, mudah lupa bahawa semua tu hanya sementara dan pinjaman yang mana saya mesti bayar dan juga akan dibayar di akhirat kelak. 

Apa yang saya harap hanyalah keredhaanNya, PengampunanNya dan juga rahmatNya. Selagi masih ada nyawa, sedaya upaya saya akan terus cuba mendekatkan lagi diri saya kepada Allah, memantapkan lagi ibadah agar ibadah yang saya buat akan jadi lebih sempurna.

Sentiasalah muhasabah diri di setiap selepas solat dan juga sebelum tidur. Saya suka akan satu ayat ni, 'bila kita jaga Allah, jangan risau Allah akan jaga kita'

Di tahun baru ini saya sangat berharap agar dapat membuka lembaran hidup baru, saya tak mahu menyambung lembaran hidup saya yang lama. Biarlah yang lama jadi pengajaran dan juga peringatan buat diri saya untuk masa hadapan.

Akhir sekali marilah kita sama - sama membaca dan merenungkan terjemahan doa akhir dan awal tahun ni.

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

 >>>

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Sunday 4 November 2012

Puas~


Alhamdulillah, siap sudah kerja kat kebun blakang umah ni, 

dsebabkan minggu lepas raye so schedule dah lari nk kene adjust, 

tu yang minggu ni jadi banyak. Any way siap sudah.

walaupun agak penat tapi berbaloi. 

sebab ak memang suke masuk kebun pun, kat kebun ak cume nampak pokok2, unggas yang berterbangan dan juga serangga.

tenang je pale, so antara tempat untuk ak mereleasekan tension ak adalah kebun. hehe

kat dalam tu sejuk, redup. jauh dari bunyi kenderaan walaupun ada gak la sayup2 budak2 kg merempit.

tapi serious best.

 ak sebenarnya jenis yang pendiam, so memang terbaik sangat la suasana kebun tu.

bukan tak sosial pun, cume ak ni suke bercakap bile ada benda yang perlu je. banyak cakap pun stress gak kot. 

ak jugak suke g air terjun bukan ke pantai. air terjun pun sejuk dan nyaman. 

ak tak suke g pantai sebab bile panas pegh sunbun haha.

ps: tapi kadang2 bila ak senyap je, bukan ak marah, tak suke atau menyampah, tapi sebab memang ak tak de benda nak cakap. hehe. mane plak lori sawit yang ak panggil tadi tak sampai2. makan rambutan dulu la~

Saturday 3 November 2012

Untung la selalu balik~


Untungla selalu balik kan~

Tak tau la nk kate ap, betul memang ak selalu balik kg, ye la rumah dekat je pun, hehe, sejam  45 lebih kurang, paling lame pun 2 jam la. Tak penat ke? Penat la sape cakap tak penat. Penat time drive je, tapi bile dah sampai umah, hilang penat drive tu.

Ak anak pertama dari tujuh adik beradik. Lelaki plak tu, so kene la slalu tengok parent. Ak balik pun ad misi, bukan balik goyang kaki layan astro hehe. Setiap minggu kalau ada takde benda yang penting sangat ak cabut la balik kg.

Kat umah ak g tolong abah potong buah sawit kat kebun, setiap minggu dah ada jadual. Tapi bile kat Gombak ada banyak benda nk kene settle kene la stay minggu tu, tak balik rumah la.

Satu lagi ak suke suasana kg yg tenang, kire balik rumah release tension la haha.  Kadang-kadang ak balik dengan adik ak, itupun kalau die tak de plan pape la.

Maybe ak ni family oriented kot haha~

Tapi kadang2 ak fikir balik, agak2 bile dah keje nanti bleh ke ak selalu balik kg setiap minggu macam sekarang. Huhu. Ak harap ak dapat teruskan rutin ak camni sampai bile2. Sebab ak still lagi tak habis nk berbakti kat mak dengan abah. Selagi mereka masih hidup selagi tu la ak kene berbakti kepada mereka. Banyak jasa mereka dalam menyediakan keperluan ak selama ni,

yang ak tak akan lupe, bile ak kemalangan motosikal, mereka la yang banyak berkorban untuk ak = =, Tapi ak tak lupe jugak kat rakan2 yang jugak banyak membantu ak dan sentiasa mendoakan kesihatan ak huu~

Bab kemalangan ni nanti la ak cite camne ak boleh terlibat plak dalam kemalangan kan.^^

Ya Allah berikanlah hambamu ini kesihatan yang baik agar mudah hambamu ini dapat menjalankan ibadah kepadamu dengan sempurna serta agar hambamu ini sentiasa dapat berbakti kepada kedua ibu bapanya~

Solat? masa?



Tengah best kerja kat kebun, tiba2 adik bawak pesanan daripda abah pulak, suruh balik sambung esok pagi je. Tak pe la mungkin ad hikmahnya kenapa abah suruh balik, sampai je umah, la rupanya ada sedara jauh datang, dari johor.


Layan sembang dgn sedara johor tu, ni antara sedara yang ak tak kenal hehe, pangkat atuk gelarannya. Dulu abah ada gak cakap ad kerabat yang duduk kat johor. Akhirnya kenal gak ak. Masa time masuk umah tu cuak gak, sape plak yang datang. ada orang datang nk pinang ak ke? haha perasankan?


Dah tu sedara balik je dah tak tahu nak wat ap, bukak blog, menaip. So tujuan kali ni sebenarnye nk kongsi satu artikel yang menarik yang as bace kat facebook, memang tertarik, menarik dan gerek sih. ni la artikel yang ak maksudkan:


APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
...
WAKTU SUBUH
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


WAKTU ZOHOR
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


WAKTU ASAR
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


WAKTU MAGRIB
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


WAKTU ISYAK
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


QIAMULLAIL
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya

Daebak kan artikel ni, anyway thanks tu Sahabat Halal Jakim yang share artikel menarik ni, Jadi kepada u olls semua. ce renungkan, ada buat ke tak? same la dgn ak, ak ad buat ke? same2 la kita tingkatkan prestasi diri dan seterusnya insya Allah tercapai apa yang kita impi. hehe.Assalamulaikum
x

Kehidupan ibarat sebuah kereta?

Tatkala meredah hujan sambil memandu menuju pulang ke rumah yang sepatutnya hanya mengambil masa kira2 sejam 45, telah menjadi 3 jam, sambil melayan my favourite song cancer by MCR tetiba teringat plak isi khutbah yang telah di sampaikan oleh Ust. Hamid J. my lecture at islamic department AIKOL. tu yang jadi tajuk post saya kali ni.

Apa yang saya dapat dari khutbah beliau adalah, jangan la nak bangga sangat dengan apa yang kamu semua ada sekarang, pangkat? harta? rumah besar? kereta besar? isteri besar? semua tu dalam sekelip mata Allah s.w.t boleh tarik balik.

Yang bestnya style beliau bagi khutbah secara sempoi dan selambe je, terbaik la ust. pastu dia bagi contoh lg pasal bencana yang sedang melanda U.S. Sandy storm. Sebuah negara yang mengaku sebagai kuasa besar dunia, polis dunia, yang mempunyai teknologi yang canggih, mampu menyerang mana2 negara, mampu memusnahkan mana2 negara, mampu meragut jutaan nyawa insan yang tidak berdosa dengan sekelip mata. Tengok apa yang jadi pada kuasa besar dunia tu. Kebongkakan? mereka telah memakan diri mereka. 

Dalam sekelip mata Allah telah menghantar tenteranya dalam bentuk ribut taufan yang telah memusnahkan harta benda, meragut nyawa dan juga mengakibatkan kerugian yang bernilai puluhan malah jutaan billion dan ada juga yang mengatakan sehingga mencapai trillion.

Memang terbaik cara penyampaian khutbah jumaat tadi. Pada penutup khutbah jumaat tadi, Ust. ada juga sebut perumpaan bahawa kehidupan kita ibarat sebuah kereta. Kereta yang dikeluarkan mempunyai manual tersendiri yang mana kita kene jage kereta tu berdasarkan manual tersebut. Bila nak kene servis, minyak apa yang sesuai untuk kereta ni dan sebagainya.

Apa pulak yang akan terjadi bila kita tak ikut peraturan dalam manual tu. Tonggang langgang la jadinya, silap hari bulan bukan silap lagi dah memang konfem breakdown la, kalau tak breakdown pakai mesti tak sedap, pastu bile nk hantar repair balik, peghh koyak!

Same la jugak dengan kehidupan kita. Kita kene ingat sebagai orang islam, kita pun ada manual untuk kehidupan kite, apa dia, al-Quran yang telah Allah turunkan kepada Nabinya Muhammad s.a.w. Al-Quran yang Allah turunkan kita wajib jadikan sebagai panduan hidup kita agar kehidupan kita senang dan mudah. 

Setiap panduan yang terdapat di dalam al-Quran ada sebabnya mengapa ia sedemikian rupa. Sama jugak macam manual kereta tu, contoh kereta ni kene pakai minyak fully sintetik. Kita tak tahu kenapa pulak nk kene pakai fully sintetik tu mahal kot. Kalau nak tahu kenapa kene la cari mekanik yang pakar dalam bidang kereta ni. Mau dia cakap kalau enjin nk smooth and durable, pakai la sintetik tapi kene la sacrifice sikit dik. 

Sama jugak macam pengharaman arak di dalam al-Quran, kalau nk tahu kenapa tak boleh minum arak, g la belajar takpun tanye la ust2. yang arif dalam bab ni. betul tak?
Jadi secara ringkasnya.selami hati, selami jiwa, tanya balik diri kita, siapa diri kita ni, apa tujuan kita hidup di dunia ni. 

Itu je la kot yang dapat saya kongsikan, hehe jadi sama-samalah kita mantapkan prestasi kita di samping kita perkasakan peribadi kita. Saya pun budak baru belajar ni, hik2

Friday 2 November 2012

Cemburu!?


Memang rase dah lame tak mengupdate blog kan, tak tau la nk kate malas , tak jugak, nk kate takde idea, macam ad, ad tapi simpan kat dalam otak je, untungla~ kali ni nak cite sikit pasal cemburu ni, ni sebab tgk rancangan selami hati selami jiwa selami lautan dalam ?Dr Fadzilah Kamsah la ni, memang best guest diana danielle bersama Al-fadhil Ustaz Haslin Bahrim. Memang terbaik la musim kedua ni. Lebih informasi dan lebih dinamik. jom tengok ap yang saya dapat ceritakan berdasarkan rancangan tersebut.

Lumrah sifat manusia adalah ada sifat cemburu. Nabi s.a.w pun ada pesan, tidak beriman orang yang tidak ada cemburu dalam hatinya. Tapi kita kena ingat bahawa cemburu ada yang baik dan ada juga cemburu yang tidak baik. Ce tengok cemburu buta, bile kite peratikan orang yang cemburu buta ni tindakannya ganas dan kadang-kadang sampai membunuh. Susah-susah pergi cari bomoh disihirnya orang dia cemburui itu. Jadi nak pendekkan cite, orang yang cemburu buta ni amat cuai meninggalkan ibadah dan mudah melakukan maksiat, Nampak. Sebab ape, sebab hatinya tak suci.

Maka timbullah persoalan-persoalan, cemburu ni tanda hati tak suci, tapi Nabi s.a.w ada pesan orang yang tiada cemburu dalam hatinya ini tidak beriman dan lelaki yang tidak cemburu dikatakan dayus, apakah? Lelaki di sini dimaksudkan sebagai suami.

Hadis yang diriwayatkan oleh An Nasaai dan Abu Daud yang bermaksud sesungguhnya setiap orang itu ada sifat cemburu, Allah ada cemburu, orang beriman ada cemburu, tetapi cemburu ini katanya iaitu cemburu yang mana Allah cemburu bila hambanya bawa maksiat jumpa Allah, hadis yang lain pulak ada sebut, ada cemburu yang Allah suka dan ada yang Allah benci, apa itu, cemburu yang Allah suka adalah cemburu pada perkara yang pasti manakala cemburu yang Allah tidak suka ialah cemburu pada perkara yang syak dan tidak pasti.

Tadi macam yang saya sebut, suami yang tak cemburu ni dayus, jadi apa maksudnya. Jadi, wajib bagi seorang lelaki ni cemburu pada isterinya, wajib. Sebab apa Nabi s.a.w sendiri pun cemburu kepada isterinya yang bernama Mariatul Qibtiyyah seperti mana yang diceritakan oleh Ibnu Qayyim Al Jawziyah di dalam bukunya. Pada waktu di mana isterinya sedang mengandung sepupunya sentiasa melawat Mariatul Qibtiyyah, sehinggakan Nabi s.a.w pun merasa cemburu, sehinggakan  Saydina Umar bertanya Nabi s.a.w, kenapa Nabi s.a.w, muka merah je, nak buat cite la, Nabi s.a.w pun jawab, ni ak geram tengok sepupu Mariah ni kerap benar datang melawat. Apa lagi, Saydina Umar pun bawa parang dan jumpe sepupu Mariah, kau kenapa selulu datang melawat isteri Nabi s.a.w ni, dia pun jawab, aku ni sepupu Mariah, dan aku pun telah dikembiri oleh raja aku takkan aku nak berbuat apa2 dengan Mariah ni, takkan Nabi s.a.w nak marah kot. Lalu Saydina Umar berjumpa Nabi s.a.w untuk memberitahu hal tersebut akan tetapi Nabi s.a.w dah tahu sebab jibril dah bagi tahu dan Allah telah mententeramkan tuduhan hatiku. Nampak, selagi mana tuduhan yang dalam hati tu tak dizahirkan, ia tidak menjadi masalah, tetapi kalau dah dizahirkan, jadi apa? Jadi fitnah la.

Ye kadang-kadang cemburu tu datang dari jiwa yang tak bersih jiwa yang kotor, jadi bagaimana nak rawat jiwa kita ni?

Cemburu ni sebenarnya sebab sayang, kalau dalam bahasa arab ghira ni ada juga membawa maksud larang. Contoh2 bila boyfren ni marah kenapa gurlfren dia ni bersembang dgn orang lelaki lain, Nampak, benda ni dtg dari mana, dari hati. Hati la sepatutnya kita rawat. Sebab raja yang menguasai badan kita ni hati. Sebab tu bile nk cakap kene jage jgn over, nk dgr, nk tgk, nk makan sume kena jage jangan lebih2. Itulah punca hati mati. Sebab tu Nabi s.a.w ada pesan, tidak lurus tidak cantik iman seseorang hamba sehinggalah cantik dulu apa yang ada dalam hatinya, takkan cantik apa yang ada dalam hatinya sehingga cantiklah apa yang dituturinya.

Jadi kat sini kene ingat bahawa isteri da anak2 ni amanah dari tuhan. Jadi lelaki kene la cemburu, cemburu pada mana, pada perkara yang pasti. Antara suami isteri ni perlu la ada satu system komunikasi yang berkesan, kalau suami balik lewat, inform la si isteri bagitau sejujurnya, begitu juga sebaliknya. Takde la, contoh bile si isteri balik lewat 2-3 pagi, tanpa ada berita apa2, mau report polis si suami, mula la timbul sangkaan buruk terhadap isterinya. Satu lagi kite kene ingat bahawa syaitan ni Allah dah bagitau dalam quran bahawa syaitan ni kerjanya ialah siapa2 yang kahwin dia akan pecah ceraikan keluarga ni. Dah memang fitrah syaitan. Dia pun bukan salah mana pun, kerjanya menggoda je, tapi bila goda yang salah ni kita, bila iman tak cantik senang sangat la kita termakan godaan syaitan. Iman saya pun bukan cantik sangat, tapi kita kene la berusaha tingkat kan iman kita. Macam mane? Kalau cakap pun tak cantik Nampak sangat la hati kite ni tak cantik betul?

Jadi tidakkah dengan lidah kita ingat Allah dengan berzikir, hati kita konfem release. Tu yang pertama, yang kedua, Saydina Ali ada sebut, jangan banyak kamu cemburu atas keluarga kamu, dengan cemburu tadi boleh merosakkan rumah tangga kamu, jadi kat sini sekali lagi kita ingat, mana2 yang dah kahwin tu syukurlah dapat isteri, syukur Allah bagi amanah, insya Allah orang bersyukur adalah orang yang paling baik. Yang ketiga, banyak2kan la bermunajat dgn Allah, solat jangan tinggal. Feeling mase kita solat dan bermunajat tu kene ada, kene betul2 merasai connection kite dgn Allah. Baru la kita igt semua tanggungjawa, amanah yang Allah bagi pada kita. Teringat ketika Nabi s.a.w diisrak mi’rajkan, maka Nabi s.a.w tengok ada satu syurga di dalamnya ada satu istana dan di depan istan tu ada satu bidadari yang memang cukup2 cantik, lalu Nabi s.a.w pun tanye pada Jibril, sape tanye istana ni, Jibril pun jawab ni Umar punya. Bile jumpa Umar, Nabi s.a.w pun bagitau ak teringin nak tengok perempuan cantik tu tapi bila ak teringat ko ni kuat cemburu ak tak jadi. Maka Umar pun menangis, Umar pun cakap bolehkah aku nak cemburu atas kamu. Kat sini Cuma nak bagi tahu bahawa hak orang lain kita kene jaga. Jangan nak main bedal je. Isteri kite, kite jage la isteri kite. Jangan la nak sibuk kacau bini orang.

Jadi ingat la cemburu ni bukan tak baik bahkan cemburu sebenarnya sifat yang baik, tapi kene la pada tempatnya. Satu lagi, bagi mengelakkan kite ni cemburu tak tentu pasal, sentiasa la ingat Allah, solat jangan tinggal. Itu sahaja la yang dapat saya kongsikan pada sidang pembaca sekalian.
Pengisian dalam penulisan ini sebenarnya saya dapat dari rancangan Dr. Fadzilah Kamsah, Selami hati, Selami jiwa. Apa yang baik semuanya datang dari Allah, dan kalau ada kekurangan memang datang dari diri saya.