Friday, 5 October 2012

huh?

 

Your Results
 
Closed-MindedOpen to New Experiences
DisorganizedConscientious
IntrovertedExtraverted
DisagreeableAgreeable
Calm / RelaxedNervous / High-Strung
What aspects of personality does this tell me about?
There has been much research on how people describe others, and five major dimensions of human personality have been found. They are often referred to as the OCEAN model of personality, because of the acronym from the names of the five dimensions.
Openness to Experience/Intellect
        High scorers tend to be original, creative, curious, complex; Low scorers tend to be conventional, down to earth, narrow interests, uncreative.
         You are somewhat conventional.     (Your percentile: 30)
 
Conscientiousness
        High scorers tend to be reliable, well-organized, self-disciplined, careful; Low scorers tend to be disorganized, undependable, negligent.
         You tend to do things somewhat haphazardly.     (Your percentile: 30)
 
Extraversion
        High scorers tend to be sociable, friendly, fun loving, talkative; Low scorers tend to be introverted, reserved, inhibited, quiet.
         You tend to shy away from social situations.     (Your percentile: 31)
 
Agreeableness
        High scorers tend to be good natured, sympathetic, forgiving, courteous; Low scorers tend to be critical, rude, harsh, callous.
         You are neither extremely forgiving nor irritable.     (Your percentile: 44)
 
Neuroticism
        High scorers tend to be nervous, high-strung, insecure, worrying; Low scorers tend to be calm, relaxed, secure, hardy.
         You are generally relaxed.     (Your percentile: 37)
 
What do the scores tell me?
In order to provide you with a meaningful comparison, the scores you received have been converted to "percentile scores." This means that your personality score can be directly compared to another group of people who have also taken this personality test.The percentile scores show you where you score on the five personality dimensions relative to the comparison sample of other people who have taken this test on-line. In other words, your percentile scores indicate the percentage of people who score less than you on each dimension. For example, your Extraversion percentile score is 31, which means that about 31 percent of the people in our comparison sample are less extraverted than you -- in other words, you are rather introverted. Keep in mind that these percentile scores are relative to our particular sample of people. Thus, your percentile scores may differ if you were compared to another sample (e.g., elderly British people).

Tuesday, 2 October 2012

Re: Tips Bagi Yang Ditemuduga


Assalamualaikum

Tips yang bakal anda baca ini di petik dari wallpost rakan 'FB' saya, apa yang saya dapat setelah membacanya, adalah tips ini bukan sahaja berguna untuk semua jenis temuduga, sama ada untuk temuduga kerja bahkan temuduga bakal mertua hik2. Selamat membaca dan beramal dengannya, insya Allah berjaya.

Sedikit pesanan utk yg nak g interview..ditujukan khas kpd sahabat2 yg nak g interview Petronas:

Tips successful interview

Pertamanya kita kena ingat orang yang nak interview kita adalah manusia yang punya hati dan chip yang sama dgn kita. Ingat lagi tentang chip tu : ) ? Justeru untuk menyentuh hati manusia guna hati juga. Hati yang bersih dan jujur akan mudah ditangkap oleh hati yang lain juga. Datanglah ke temuduga dengan hati yang bersih dan jujur dgn niat yang ikhlas bekerja untuk Allah, jadi khalifahNya. Bila kita niat untuk Allah insyaAllah Dia akan uruskan segalanya, percakapan kita dlm temuduga diuruskannya juga.

Lepas solat subuh pada hari temuduga, duduk diam bertafakur dan sambungkan jiwa dengan Allah, serahkan semuanya pada Dia, katakan, aku tak mampu ya Allah, hanya dengan kekuatanMu aku akan berjaya dalam temuduga ini. Alhamdulillah, terima kasih kerana mendapatkan aku kerja ya Allah, kerja yang baik untuk dunia dan akhirat. Katakan melalui hati terus ke Allah. Duduklah diam menghadapNya selama 30 minit.

Sebelum temuduga, banyakkan menyebut nama2 Allah yang kita selalu nyanyi di program JOM KERJA, untuk lembutkan hati penemuduga, doalah Ya Allah, Ya Latif, lembutkan hati penemuduga itu untuk aku. Untuk dapatkan idea apa nak cakap doalah, Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Roshid, ajarkan aku untuk menjawab soalan temuduga dengan baik.

Ketika temuduga, jawablah dengan tenang dan jujur. Kejujuran kita dapat di kesan dari air muka kita dan body language kita. Yang penting ia akan mudah ditangkap oleh hati penemuduga kita.

Fokuskan untuk memaklumkan apa kekuatan kita dan bagaimana kekuatan kita mampu membantu syarikat itu mencapai misi dan objektif serta sasaran mereka. Jadi kena buat homework berkaitan company tu, apa mereka buat, berapa staff mereka, apa visi dan misi mereka dan fikirkan dengan jujur apa kekuatan kita yang mampu membantu mereka kerana mereka juga terlibat dalam membangun tamadun manusia. Fikirkan dengan ikhlas dan bagitau mereka dengan ikhlas.

Apapun, in short jangan putus dari sedar ke Allah.

(From Team JomKerjaSelangor)

Friday, 28 September 2012

Just a little effort is needed, bare in your mind that countless interest can be developed continuesly

Assalamualaikum dan salam jumaat.

Kebelakangan ini, banyak berita atau kes yang kami dengar berkenaan dengan betapa tidak selamat nya pelajar2 wanita walaupun di mahallah sendiri. Macam-macam kes pencerobohan berlaku. Ini bukan masalah baru , tetapi dah lama. Seperti tiada penyelesaian nya. Jadi apa yang perlu kita buat? Nak harapkan pengawal keselamatan menjaga mahallah atau berada di depan pintu bilik selama 24 jam adalah kerja yang mustahil.

Jadi apa yang perlu anda lakukan terutamanya bila berhadapan dengan kes-kes seperti ini? Apa akan jadi sekiranya ia berlaku secara tiba-tiba?

Persoalan ini perlu dijawab oleh anda sendiri. Sekiranya perkara ini berlaku kepada anda, apakah persediaan yang anda ada? lari? menyorok? menjerit?

Oleh yang demikian, sekiranya anda mempunyai ilmu mempertahankan diri, sedikit sebanyak ianya dapat mempersiapkan diri anda untuk menghadapi masalah-masalah begini. Mungkin ada yang beranggapan, belajar ilmu mempertahankan diri merupakan perkara yang remeh. Tetapi jika kita pandang keadaan sekeliling kita samaada diluar kampus ataupun di dalam kampus, adakah anda akan merasa ianya hanyalah satu isu yang remeh?

Banyak seni mempertahankan diri yang ada sekarang ini. Pelbagai ilmu serta gaya yang diajar. Persoalannya, adakah ilmu-ilmu mempertahankan diri itu merupakan ilmu yang efektif serta praktikal?

Bila kita bercakap mengenai situasi yang membahayakan seperti ragut, pergaduhan,pencabulan dan lain-lain, kita perlu berfikir adakah ilmu yang kita belajar itu adalah ilmu yang praktikal serta effektif untuk menghadapi situasi2 itu. Situasi dimana ianya berlaku secara tiba-tiba. Ataupun situasi dimana ianya berlaku didalam pengangkutan awam atau di tempat-tempat sunyi dan sempit.

Oleh sebab itu, kami memandang serius akan hal ini. Jika anda tidak mempertahankan diri anda sendiri, siapakah yang akan berbuat demikian kepada anda?

Sekian sahaja daripada kami, terima kasih kerana sudi membaca!
 
ie[0

Tuesday, 25 September 2012

Re-post: wahai ayah dan ibu dengarlah rintihan anakmu

Wahai ibu dan ayah, dengarlah rintihan hati anak2mu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru dua hari lepas saya menulis tentang bagaimana kasihnya ibubapa kita kepada anak2. Cuma kadang2 kita tidak memahami cara ibubapa kita mengasihi kita. Ada yang menggunakan kaedah berlembut, ada yang menggunakan kaedah berkeras dan ada yang mengambil jalan tengah di antara kelembutan dan kekasaran. Namun
tidak akan dapat dinafikan, ada masanya ibubapa juga terbuat atau membuat kesilapan di dalam mengasihi anak2 hingga anak2 terasa dia tidak disayangi. Hingga dia terasa dia tidak ada nilai langsung di mata ibubapanya.

Petang semalam, ketika sedang membuat kerja di ofis saya, seorang pelajar perempuan tahun 3 mengetuk pintu bilik saya dan meminta izin utk mengambil sedikit masa saya. Saya pernah mengajar pelajar ini ketika dia di Tahun 1 pengajiannya dan seringkali saya melihat wajahnya yang suram. Tapi mulut tidak pernah tergerak utk bertanya kenapa, sebab saya memang lebih suka pelajar2 yang menceritakan sendiri masalah mereka. Cuma setiap hujung semester di dalam kelas terakhir, saya akan berpesan kepada mereka, " kalau ada apa-apa, datanglah ke ofis saya. Kamu ada nombor fon saya kan, so just keep in touch."

Selepas meminta izin utk duduk, pelajar ini bertanya, "madam, apa pendapat madam kalau saya nak tangguhkan dulu pengajian saya. Saya rasa macam tak boleh pergi dah semester ni. Kepala saya rasa buntu, rasa blurr, apa yang saya belajar pun saya tak tahu. Semester lepas pun semua exam saya tak pergi sebab saya demam panas waktu itu. dapat special exam pun saya tak pergi baru2 ni."

entah kenapa, setiap kali ada pelajar datang bertanya soalan "apa pendapat madam saya nak tangguhkan dulu pengajian, hati saya terus terdetik bahawa pelajar ini tentu mempunyai masalah yang agak berat. Saya tidak pernah anggap mereka pelajar yang malas, tapi bagi saya ada masalah yang mengganggu fikiran mereka. "Cuba beri sebab kat saya, kenapa awak nak tangguh pengajian awak?". ' Saya sakit madam, tak sehat." saya bertanya lagi, "kalau awak tak sehat, awak ada tak surat Doktor dari mana2 klinik atau hospital?"
Dan dia menjawab, "tak ada madam, cuma surat dari tempat perubatan cara Islam." Tidak puas hati dengan jawapannya, saya berkata, " macam ni lah...sekarang ni awak datang nak minta pendapat saya, nak minta saya tolong kan? Jadi...saya minta awak jujur dengan saya, tolong ceritakan semua yang ada dalam kepala awak supaya saya tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selagi awak tak ceritakan, saya tak benarkan awak keluar dari bilik saya ni. Okay, take your time, fikir masak2 nak cerita atau tidak. saya nak buat kerja saya dulu."

Hampir 15 minit saya menunggu dia bercakap dan akhirnya yang keluar hanya tangisan yang perlahan dan menjadi esakan yang makin kuat. "tak apa...awak menangislah dulu, lepas awak rasa tenang, awak cakaplah. Saya tak akan kemana-mana. tisu pun banyak ni, gunalah sebanyak mana awak mahu." Tangisannya makin menjadi2...dan akhirnya saya mengalah, saya tahu dia memerlukan pelukan seorang ibu atau seorang kakak. Bila saya memeluk bahunya, tangisannya reda. Dan akhirnya dia bercakap walaupun sambil meneangis.

"Madam, saya dah tak ada ayah. cuma tinggal emak, kakak2 dan abang2 dan seorang adik. Mereka semua berjaya madam. Bila mereka periksa, semua dapat keputusan cemerlang. Saya sorang saja yang tak pandai." Dan saya mencelah, "kalau tak pandai, takkan awak boleh masuk universiti." dia menyambung, "sebab tak pandailah emak saya tak sayang saya. Emak saya kata, saya ni pelik dari adik beradik lain. Saya ni hanya menyusahkan keluarga. Paling sedih emak saya menuduh saya main2 kat sini dan tak belajar. Saya bukan budak jahat madam, saya tak pernah buat apa mereka cakap tu. tapi kenapa emak, abg2 dan kakak tuduh saya macam2."

"Emak kita bukan malaikat, emak kita manusia biasa, tentu mereka juga akan terbuat kesilapan. maafkanlah emak awak." Dan dia menyambung, "saya tak pernah berdendam pada emak saya atau adik beradik saya, tapi hati saya hancur tengok cara emak melayan saya. Madam tahu tak, adik beradik lain emak sanggup telefon dan bertanya khabar mereka. cakap lama2 dengan mereka. Tapi dengan saya, saya yang kena call emak. kemudian baru nak cakap, emak dah kata, tak boleh cakap lama-lama sebab kredit dah nak habis. sampai macam tu sekali emak saya bencikan saya madam."

"masa cuti 3 bulan baru2 ni, saya buat LAP (law attachment program), saya tinggal di UIA. balik kampung pun sekejab saja. itu pun emak dah halau saya dan kata, kau tak balik pun sudah. Saya baru nak memberitahu kenapa result exam saya teruk semester lepas, emak dah kata saya anak derhaka sebab melawan. Saya bukan nak lawan emak, saya nak beritahu emak saja, saya demam teruk masa tu. padahal adik beradik lain jawab emak macam2, emak tak kata pun derhaka."

"Bencinya emak pada saya kan madam. sebab tu saya nak berhenti belajar. saya anak tak guna, menyusahkan emak dan adik beradik saya. Madam tahu tak, saya berniat tak mahu kahwin sebab saya takut akan jadi macam emak saya yang membezakan layanan kepada anak2."

Melihat dia makin tenang, giliran saya bercakap. Tapi tangan saya terus memeluk bahu dia sambil dia bersandar di bahu saya. Itulah cara saya melayan setiap pelajar perempuan yang datang dengan tangisan di bilik saya. "Macam ni lah. saya rasa saya boleh faham perasaan awak. tapi sepatutnya awak lebih positif bila dilayan macam ni. bukan menjadi lemah dan pasif sampai nak berhenti belajar. kalau awak berhenti belajar, memang betullah apa emak dan adik beradik awak cakap, "awak ni memang pelik dari orang lain menyusahkan orang.' Sepatutnya awak kena bangun dan buat azam, "aku akan buktikan bahawa aku bukan bodoh, aku bukan pelik, aku boleh berjaya dan aku akan buktikan aku bukan anak yang menyusahkan keluarga. Awak kena kuat...kena jadi manusia yang agak keras hatinya. jangan biar orang lain hancurkan masa depan awak. dan paling penting, awak kena ingat belajar itu satu jihad. banyak pahala utk org berjihad ni"

Dan dia menjawab sambil mengesat airmatanya, "betul juga kata madam." dan kali ni dia mengangkat kepalanya dari bahu saya dan memandang muka saya, " madam, ni kali pertama seorang pensyarah memeluk saya, memujuk saya. hari tu saya ada jumpa seorang pensyarah perempuan, tapi dia tak buat macam madam. Dia kata kat saya, "awak ni menyusahkan orang betul la, sebab saya nak kena buat soalan exam yang baru utk special exam. kemudian tak datang pulak special exam. kalau macam ni baik awak berhenti sajalah belajar dan bernikah saja.lagi senang utk awak." Saya terdiam waktu itu, kerana tak pernah terlintas di fikiran saya, seorang pensyarah akan cakap macam tu.

Dia datang ke bilik saya pukul 4 petang, dan ketika selesai mendengar luahan hatinya saya melihat sudah pukul 6 petang. Telefon saya dah banyak kali berbunyi dan anak di rumah dah bertanya, "bila ibu nak balik ni. adik Ti nak keluar main basikal kat depan rumah."

Akhirnya, dia bangun dan berkata, "dah banyak masa madam yang saya ambil hari ni. Terima kasih madam, kerana sudi dengar masalah saya wlaupun madam bukan academic advisor lagi. Saya akan cuba habiskan belajar, sekurang2nya utk ayah saya yang dah tak ada. sebelum dia melangkah keluar, saya berkata kepada dia, " M, InsyaAllah, ini semester akhir saya di UIA...saya cuma harap, kalau saya dah tak ada kat sini, awak tetap bersemangat nak belajar. Kalau nak luahkan masalah, cari oang yg boleh naikkan semangat awak, bukan yang akan bunuh semangat awak. Kalau awak sedih , bacalah kQuran, surah Yusuf dan kenangkanlah kesedihannya yang dibuang ke telaga buta oleh abang2nya. Sekurang2nya, awak tak dibuang ke telaga buta kan?" Dia tersenyum waktu itu.

"Saya tak boleh tunggu sampai awak grad, saya cuma akan doakan dari jauh. dan kita akan berhubung melalui sms, call dan facebook. Jaga diri awak baik2." Sambil bersalam, dia memeluk saya dan meminta diri utk balik ke asrama.

Itu saja yang saya mampu buat utk pelajar saya. Kepada ibubapa di luar sana, dengarlah luahan hati anak ini. kemungkinan anak2 kita juga mengalami masalah yang sama. Tidak adil jika kita meminta semua anak2 menjadi anak2 yang sentiasa cemerlang di dalam peperiksaan mereka. Cemerlangnya anak2, bukan dilihat dari keputusan peperiksaan semata-mata, tapi akhlak mereka yang baik juga dikira sebagai anak yang cemerlang. Berikanlah kasih sayang seadil mungkin kepada anak2. kalaupun hati lebih sayang seorang anak dari anak yang lain, tolonglah jangan terlalu ditunjukkan kasih kepada anak emas atau anak emak atau anak bapak. Setiap orang anak ada hati dan perasaan, jadi..kasihilah mereka sebaik mungkin.

Kepada pensyarah2, kalau tidak ada masa nak melayan pelajar2 seperti melayan anak sendiri, tak mengapa. saya faham, kita tidak pernah diberikan bayaran utk melayan pelajar2 yang ada masalah. Tapi atas nama kemanusian, keibuan, kebapaan, kekakakan atau keabangan...cakaplah ayat2 yang memberikan semangat kepaa pelajar2 kita. janganlah dibunuh semangat mereka dengan ayat2 beracun dari kita. Hari ni meraka ada masalah, mereka berjumpa kita, esok lusa, mungkin anak2 kita pula yang akan menangis di depan guru atau pensyarah mereka. Ingatlah, "Tidak akan sempurna iman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi org lain seperti mengasihi dirinya sendiri.'

Kepada ibubapa, abang dan kakak, emak saudara dan bapa saudara,datuk dan nenek, juga kepada guru2 dan pensyarah2....jangan sesekali mengatakan "awak ni menyusahkan orang, menyusahkan kami. Sebab ayat awak menyusahkan orang itu sebenarnya satu ayat yang paling kuat utk membunuh jiwa manusia.

kepada semua yang mengalami nasib yang serupa, ingatlah...manusia boleh meninggalkan kita, membenci kita kerana kekurangan kita, tapi Allah tidak pernah membenci kita, tidak pernah melupakan kita hambaNYA. jangan bersedih lagi, ingatlah Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Salam sayang teramat sayang utk semua pelajar2 saya. Yang baik itu dari Allah, segala yang lemah itu dari saya.

Wassalam
Madam Fauziah,
AIKOLhttps://www.facebook.com/groups/193183860708786/permalink/541887695838399/

Friday, 13 July 2012

10 Perkara YAHUDI TAK NAK Kita Tahu!

10 Perkara YAHUDI Tak Nak Kita Tahu!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!



Courtesy of:



http://www.facebook.com/photo.php?fbid=494043447277677&set=a.163324437016248.39821.163314510350574&type=1&ref=nf

Thursday, 5 July 2012

Doa dan Zikir Sambil Memasak

 Doa dan zikir apabila memasak.

Doa masuk dapur


رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا


Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]



Doa Waktu Sukat Beras


الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ


Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk


اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ


Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

p/s : sunnahnya buka tudung periuk hanya separuh sahaja, insyaALLAH ada keberkatan.

Zikir Waktu Masak


لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ


Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]

(Kacau lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah


فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ


Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]


Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur


فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ


Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras


وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ


Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


Doa Untuk Sedapkan Makanan

Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x